Rumah tangga mana yang tidak bergelora waima lidah lagi tergigit. Walau pun belum ada kata putus ke arah mana hubungan pelakon Sharnaaz Ahmad dan dan Noor Nabila, namun demi ‘anak’, pasangan selebriti ini ‘bersatu’ menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini. : KitaReporters
Sharnaaz Ahmad di samping Noor Nabila dan anaknya, Jebat. - Kredit foto: IG @sharnaazahmad.
Melalui posting IG-nya, Sharnaaz, 34, memuat naik gambar bersama Noor Nabila, 35, dan juga anaknya, Jebat Jayden dengan kata-kata, ‘cukup sempurna dah bagi aku… ba loves you boy, mummy and baba issue put aside.. we both love you so much’.
Ya… setelah membuat keputusan sepakat membesarkan anak, Sharnaaz mengekalkan hubungan baik dengan Noor Nabila demi kebaikan Jebat Jayden, yang berusia 2 tahun.
Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Mohd Noor bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor dan dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden Ahmad yang lahir pada 30 Ogos 2018, iaiatu sama dengan hari lahir Sharnaaz yang ke-33.
Posting yang mendapat lebih 3,300 komen dan lebih 240,000 tanda suka turut menerima komen daripada rakan artis yang rata-rata memuji tindakan Sharnaaz yang mengutamakan Jebat antaranya dari Beto Kusyairy, Faizal Tahir, Fasha Sandha, Nabila Huda dan Janna Nick.
Tidak kurang yang mendoakan semoga ada sinar baru buat kedua-dua pasangan ini agar kembali bersama.
Pun begitu, apabila jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri menulis "semoga ada jodoh antara korang, saya doakan" mendapat reaksi negatif daripada netizen, malah Sharnaaz kelihatan tidak menjawabnya sebagaimana yang dibalas kepada rakan-rakan artis lain.
Seorang netizen yang bernama t_ida85 menjawab komen Aliff Syukri dengan berkata, 'ayat itu macam tak sesuai la dato…", manakala yang lain-lain bertanya "kenapa awak?".
Sudah tentu niat Aliff Syukri itu baik semoga Sharnaaz dan Nabila kembali bahagia, namun mungkin perkataan ‘jodoh’ itu kurang tepat untuk digunakan walhal memang mereka telah pun dijodohkan ya tak?
Sementara itu, Aliff Syukri pun pada postingnya sempena hari raya memaparkan video beliau bersalam-salaman bersama isteri tercinta, Nur Shahida yang turut menghadapi kemelut dalam perkahwinan mereka sebelum ini.
Gambar Kredit IG @aliffsyukriterlajaklaris.
Tulisnya, "tangisan kegembiraan di pagi raya… alhamdullillah perkahwinan yang menjangkau hampir 13 tahun ini bertahan… bukan benda yang mudah."
Apa pun marilah kita semua mendoakan kebahagiaan rumah tangga Sharnaaz dan Noor Nabila serta Aliff Syukri dan Nur Shahida semoag kekal hingga ke jannah.
Eh! kebetulan kedua-dua isteri masing-masing bernama 'Noor' kan cuma ejaan yang membezakan!
Semoga ada sinar di sebalik nama 'Noor' itu sendiri yang bermaksud 'cahaya'!! - KitaReporters