Seni & Sukan 20 May, 2021

Berita Terkini| Kanak-kanak 5 tahun ngaku ditikam! Terbongkar selepas bercerita dengan doktor!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan... SUSPEK yang berusia 38 tahun itu direman polis sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.


SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun cedera dipercayai ditikam di kiri perut oleh bapa tirinya, pada Sabtu,15 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata perkara itu terbongkar selepas kanak-kanak itu  sendiri memberitahu ditikam 'pakcik' kepada doktor yang merawatnya.

Terdahulu kanak-kanak itu dihantar oleh ibunya yang berusia 37 tahun bagi mendapatkan rawatan di hospital susulan kecederaan di perutnya.

Dzulkhairi berkata, doktor di sebuah hospital di Iskandar Puteri Johor Bahru membuat laporan polis pada kira-kira 9 pagi hari sama, susulan perbualan ringkas dengan mangsa selepas mengesan kecederaan di perutnya hasil tusukan objek tajam.

"Ketika ditemu bual sebelum pembedahan, kanak-kanak itu memberitahu dicederakan oleh 'pakcik' sendiri di rumah mereka di Kangkar Pulai.

"Susulan itu, polis menahan suspek dan siasatan awal mendapati lelaki berusia 38 tahun itu adalah bapa tiri mangsa.

"Suspek tidak bekerja dan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dan masih mendapat rawatan sakit mental di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sejak 2014 serta mengambil ubat yang dibekalkan hospital," katanya dalam kenyataan media di Johor Bahru pada Khamis, 20 Mei 2021.

Dzulkhairi berkata, suspek direman pada hari sama sebelum dibebaskan dengan jaminan polis, pada Isnin 17 Mei 2021.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan turut dibawa ke Hospital Sultanah Aminah bagi pemeriksaan tahap mentalnya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata perkara itu terbongkar selepas kanak-kanak itu  memberitahu kepada doktor yang merawatnya.

0
0
3
0
2
You will be interested