Seni & Sukan 30 Sep, 2020

Semakin yakin diri! Selena Gomez tak malu tayang parut bedah

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

SELEPAS sekian lama tidak berkeyakinan, penyanyi antarabangsa, Selena Gomez baru-baru ini mengakui semakin beryakinan dengan dirinya sendiri dan tidak kisah menunjukkan parut daripada pembedahan pemindahan buah pinggang yang dilakukan. : KitaReporters


Menerusi perkongsian dalam laman sosial Instagram miliknya @selenagomez, Selena berkongsi sejak menjalani pembedahan dia jarang menunjukkan susuk badannya bagi mengelak kesan parut dilihat umum.

Namun kini  muncul keberanian selepas tiga tahun berlalu.

“Selepas menjalani pembedahan buah pinggang, terlalu sukar untuk saya tunjukkan parut ini. Saya tidak mahu tunjukkan dan sebab itu saya selalu mengelak memakai baju yang boleh menampakkan parut tersebut.

Kini selepas sekian lama berlalu saya semakin berani dan lebih berkeyakinan dengan diri saya,” ujar penyanyi Love You Like A Love Song berkenaan.


Dalam masa sama penyanyi kesayangan ramai yang kini menginjak usia 28 tahun itu memberitahu apa yang dilalui dirinya membuatkan dirinya semakin matang dan berbangga dengan apa yang berlaku kepada dirinya.

Malah menerusi perkongsian dalam laman sosial itu Gomez dengan berani menggayakan bikini sendat, sekali gus menampakkan kesan parut daripada pembedahan yang dilalui.

KENANGAN ketika menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang daripada sahabatnya Francia Raisa, tiga tahun lalu. Foto kredit instagram @selenagomez.


Pada September 2017, dia menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang daripada sahabatnya, Francia Raisa, yang bermurah hati mendermakan buah pinggang kepadanya.

Pembedahan berkenaan dilakukan berikutan penyakit lupus, sejenis penyakit yang menyerang sistem ketahanan badan Selena, sejak 2013 lagi. - KitaReporters


2
1
0
0
0
You will be interested