Seni & Sukan 15 Apr, 2021

Berita Terkini| Suspek utama belasah 2 pengawal peribadi ditahan! Reman 3 hari hingga 17 April!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Kredit foto: MalaysiaGazette


TINDAKAN reman selama tiga hari dikenakan kepada seorang lelaki yang disyaki mencedera dan mengugut bunuh dua pengawal peribadi selepas mendapat tahu pekerjanya berpuasa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek utama yang yang merupakan seorang ahli perniagaan itu direman bermula Khamis, 15 April 2021 sehingga Sabtu, 17 April 2021 ini.

“Pagi ini suspek utama berusia 43 tahun itu dipohon perintah reman di Mahkamah Klang untuk membantu siasatan polis.

“Majistret membenarkan suspek utama itu direman selam tiga hari sehingga Sabtu (17 April 2021) ini untuk membantu siasatan polis dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya yang dipetik oleh Malaysia Gazette, Khamis 15 April 2021.

Kejadian dipercayai berpunca daripada suspek yang juga merupakan majikan memarahi mangsa kerana berpuasa dan lelaki itu juga mengambil pistol yang berada pada pinggang seorang daripada dua mangsa dan mengacukan ke arahnya dan mengeluarkan ugutan yang menghina agama.

Mohamad Zainal menambah, suspek utama akan disiasat di bawah Seksyen 324, 506 dan 298 Kanun Keseksaan.

Lelaki itu ditahan dengan kerjasama Polis Klang pada jam 8.20 malam 14 April 2021 dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk proses reman.

Sementara itu, Polis Klang Selatan menegaskan bahawa kes itu tidak membabitkan sebarang isu perkauman.

“Masyarakat atau mana-mana individu dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman sehingga menjejaskan keharmonian kaum,” kata menerusi kenyataan media pada Khamis, 15 April 2021. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
1
You will be interested