Gaya Hidup 27 Apr, 2021

Berita Terkini| Neelofa, PU Riz, keluarga dikenakan kompaun RM60k! Ingkar SOP, rentas negeri!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan kes terbabit telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara pada Isnin, 26 April 2021. - Kredit foto: Malaysiagazette


SELEBRITI dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) serta beberapa ahli keluarga dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 selepas didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan kes terbabit telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara pada Isnin, 26 April 2021 dengan keputusan mengenakan kompaun.

Tindakan itu diambil di bawah Peraturan 19 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 4) 2021.

"Noor Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 (tiada diskaun dibenarkan) bagi dua kesalahan iaitu selaku penganjur telah gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan mengenai pematuhan SOP Penganjuran Majlis Sosial PKPB apabila gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

"Kedua, melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4(2)(d) Peraturan-Peraturan yang sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak polis," katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian pada Selasa, 27 April 2021.

Sementara itu, suami Neelofa iaitu Muhammad Haris dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 (tiada diskaun dibenarkan) kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa di bawah subperaturan 4 (2)(d) Peraturan-Peraturan yang sama, memandangkan ada antara aktiviti itu berada di luar skop kebenaran yang diberikan oleh pihak polis.

Tambahnya, kesemua ahli keluarga Neelofa iaitu seramai 20 orang turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000 kerana gagal memastikan wujud penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad nikah berlangsung.

"Semua yang terlibat akan dikeluarkan kompaun pada 27 April 2021," katanya. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

NEELOFA sah menjadi isteri Muhamad Haris dengan sekali lafaz yang berlangsung pada 27 Mac 2021 lalu di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.


 

0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Pelajar 12 tahun punyai nama unik! Nama penuh ABCDEF GHIJK Zuzu! Tapi panggil sahaja Adebz

Seorang pelajar berusia 12 tahun di Muara Enim, Sumatera Selatan punyai nama unik berdasarkan abjad. Namanya ABCDEF GHIJK Zuzu tapi lebih selesa dipanggil Adebz

Semut Api| Harimau Malaya hilang kuku, patah taring! Salah pemain naturalisasi, import atau FAM?

Semut Api muncul untuk gigit personaliti dan peminat sukan terutama mengenai isu-isu yang sedang diperkatakan. Gigitan Semut Api sekadar rasa gatal sikit-sikit
Rodli Nayan @ Rodly Fadly in Gaya Hidup 11 hours ago

Tinjauan terbaharu! Rakyat 40 hingga 59 tahun! 95% berasa bimbang akan kesihatan tulang mereka!

Dalam tinjauan terbaharu yang dijalankan Anlene dalam kalangan berusia 40-59 tahun didapati 95% daripada responden berasa bimbang akan kesihatan tulang mereka
Editor 1 in Gaya Hidup 14 hours ago

Video| Pertemuan syahdu SRK, Aryan! 20 minit di dalam penjara! Ikat jamin kali kedua ditolak!

Shah Rukh Khan (SRK) kunjungi Penjara Arthur Road, Mumbai untuk temui anaknya Aryan Khan yang ditahan di penjara itu. Pertemuan berlangsung dalam suasana syahdu
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Konsert Rockestra Nostalgia! Tampilkan 6 artis rock otai! Ruhil Amani kembali beraksi!

Konsert Rockestra Nostalgia 30 Okt 2021 tampilkan artis legenda seperti Rahim Maarof, Man Bai, Ruhil Amani, Asheed (Def Gab C), Rahmad (Mega), Ito (Blues Gang)
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago