Seni & Sukan 03 Mar, 2022

Video| Insomniacks lahir kerana sukar tidur! Kini dah Sempurna! Harapkan dapat sambutan hangat!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: farizaum@yahoo.com

Share this

Kumpulan Insomniacks, dari kiri, Dan, Iqie, Iskandar dan Gavin. - Kredit foto: @insombiacks,my,


Nama kumpulan ini agak unik - Insomniacks! Pernah dengar tak? 

Bagi peminat setia muzik tempatan tentu kumpulan yang dianggotai empat anak muda ini tidak asing waima ditubuhkan pada tahun 2016 lagi.

Dalam tempoh itu, Insomniacks telah menghasilkan tiga lagu single dan sebuah album EP berjudul ‘Kepala Batu’.

Terbaharu, Insomniacks yang dianggotai Syed Mir Iqbal (Iqie), Wan Arif Iskandar (Iskandar), Ahmad Danial (Dan) dan Gavin Wong (Gav) menampilkan single terbaharu mereka, ‘Sempurna’.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan


Sidang media secara virtual bersama kumpulan Insomniacks.


Apakah kini bermakna mereka sudah rasa sempurna sepanjang perjalanan seni apatah lagi selepas sering berdepan masalah insomnia atau dalam bahasa mudahnya, ‘sukar tidur’ sehingga menjadikan situasi itu nama kumpulan?

“Tujuh tahun lalu, dan menghadapi masalah insomnia iaitu sukar nak tidur dan apabila kami lepak bersamanya kami pun terikut-ikut tak boleh nak tidur. 

"Kebetulan pula kami mempunyai satu show (gig) keesokan hari di mana penganjur meminta nama kumpulan, jadi secara sponton kami beri sahaja Insomniacks dan kekallah nama itu hingga sekarang, “ kenang Iskandar sambil diakui Dan yang mengangguk tanda benar,  disusuli ketawa kecil daripada rakan-rakan lain pada sidang media secara virtual yang berlangsung pada 1 Mac 2022 lalu.




Menurut Iskandar lagu ‘Sempurna’ mengisahkan perasaan seseorang saat kehilangan sesuatu yang dianggap sempurna dan menganggap lagu tersebut memang istimewa dari mula ia dicipta sehingga tidak sabar untuk melancarkannya.

“Dari detik susunan kord hingga proses memasukkan lirik, kami tahu kami telah menghasilkan sesuatu yang hebat dan sempurna,” tambah Iqie selaku vokalis utama Imsoniacks.

Mengharapkan ‘Sempurna’ boleh meledak dan mendapat sambutan hangat sebagaimana single mereka empat tahun terdahulu, ‘Pulang’, Insomniacks yakin ‘Sempurna’ dapat menambat hati pendengar memandangkankan cerita di sebalik lagunya dekat dengan masyarakat sekeliling sekarang.

“Saya yakin ada yang melalui perasaan rasa sempurna tersebut,” sambung Gavin.


Vokalis utama Inssomniacks, Iqie bersama Iskandar (kanan).


Pun begitu, Insomniacks sedar nama kumpulannya barangkali tidaklah popular dan sehebat kumpulan terkenal sekarang ini namun tidak akan melakukan sebarang gimik murahan untuk cepat dikenali ramai.

“Biarlah kami dikenali dengan muzik kami. Kami tidak mahu cepat naik dan cepat pula turun tetapi kami mengikut peredaran masa untuk menambat hati pendengar,” ujar Iskandar sambil memberitahu mahu terus aktif dalam sosial media khususnya dalam platform TikTok.

Tambah beliau, untuk menarik minat pendengar Insomniacks merancang beberapa aktiviti bersama peminat seperti TikTok Challenge dan sebagainya.



Dalam pada itu, Insomniacks merancang untuk berkolaborasi bersama penyanyi rap yang sedang meingkat naik, Yonnyboii.

“Kami suka gaya dan stail Yonnyboii dan kami yakin dia faham dengan kehendak muzik moden rock kami,” harapan Insomniacks.

Namun kata mereka, cadangan itu masih dalam peringkat awal sebab belum sempat lagi berbincang dengan Yonniboii secara terperinci.

Sementara itu, 'Sempurnaturut hadir dengan sebuah video muzik luar biasa terbitan Atypical Visual malah sedutan lagu itu dalam platform Instagram Reels sudahpun mencecah lebih 50 ribu tontonan dan dijangka akan terus meningkat waima ia juga menduduki tangga pertama carta RIM Malaysia selepas dua minggu dilancarkan.

“Kami sangat berpuas hati dengan hasil kerja kami kali ini dan harap para peminat juga akan menyukai apa yang telah kami usahakan,” akhiri mereka. - KitaReporters



13
16
0
10
0
You will be interested