Seni & Sukan 14 Mar, 2022

Video| Elyana teruja jumpa semula cikgu disiplin! Selepas 18 tahun! Dapat jungle tracking bersama!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this


SEBUT sahaja cikgu disiplin, pasti ramai pelajar mula kecut perut. Paling menakutkan kalau cikgu disiplin tersebut menjadi guru kelas. Jawabnya masing-masing menikus ketakutan.

Antara pelajar yang paling sering bertemu dan menjadi ingatan cikgu disiplin ialah pelajar yang nakal. Kalau sehari tak buat masalah, tak sah jawabnya. Pasti masing-masing mempunyai kenangan lucu, sedih dan menggerunkan dengan cikgu disiplin masing-masing!

Namun adakalanya cikgu disiplin hanya garang ketika melakukan tugas tetapi apabila di luar, baiknya lain macam! Sudah namanya tugas pastilah kena galas dengan penuh tanggungjawab.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan cikgu



Sebut mengenai cikgu disiplin dari Tingkatan 1 hingga 5, penyanyi Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal mempunyai kisah menarik.

Berkongsi kisahnya bersama cikgu disiplin, ramai pengikutnya dalam media sosial turut berkongsi perkara yang sama.

Menurut Elyana yang turut berkongsi gambarnya bersama cikgu disiplinnya, Cikgu Nazri, pelbagai pengalaman yang dilalui ketika zaman persekolahan. Malah, cikgu disiplin itulah juga yang menyebabkan dia sering berkaki ayam ketika membuat persembahan pentas.

Menjadi pelajar nakal ketika di bangku sekolah, Elyana sering menjadi perhatian cikgu disiplinnya. Lucunya, cerita Elyana lagi cikgu disiplinnya itu juga turut tahu berapa kali dia ponteng dan datang lambat ke sekolah.



“Perkenalkan cikgu disiplin saya dari tingkatan 1-5, cikgu Nazri! Siapa yang tak takut dengan dia, semua murid takut! Kalau nampak kelibat dia memang sanggup u-turn jauh sebab tangan dia 24 jam ada rotan.

“Dia juga yang tahu berapa kerap saya ponteng dan datang lambat! Hahahahah! Dan saya belajar tak pakai kasut sepanjang sesi sekolah sebab dia jugalah. Hahaha! Denda sebab kerap lambat.

“Tapi dalam ramai cikgu, dia jugalah yang paling saya rindu sebab dia hati baik! Tapi hari ni tak sangka setelah 18 tahun tinggalkan sekolah, saya dapat jungle tracking (rentas hutan) dengan cikgu lagi!!!!” tulis Elyana.



Dalam pada itu, pada Disember 2021 lalu, pelantun lagu Tak Tercapai Dek Akalmu ini berkongsi khabar gembira apabila disahkan bebas dan pulih daripada penyakit kanser limfoma tahap empat yang ditanggung sejak 11 tahun lalu.

Malah, berat badan Elyana juga dlihiat semakin naik setelah kesihatannya kembali normal. Malah, kalau dilihat dalam media sosial miliknya, dia kini sedang menikmati kehidupanya yang tertunda bersama suami dan anak-anak. Semoga kesihatan Elyana kekal pulih dan dapat hidup bahagia bersama keluarga selama-lamanya. - KitaReporters 


15
9
0
13
0
You will be interested