Seni & Sukan 08 Mar, 2022

Video| Bila Ayu Ting Ting nak tamat zaman janda? Selepas belanja RM1.5j untuk perkahwinan adik!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Ayu berfoto dengan adik kesayangannya Assyiffa. - kredit foto: IG @ayutingting92

Ayu Ting Ting, 29, salah satu bintang dangdut kelas atasan di Indonesia sanggup mengeluarkan perbelanjaan sehingga RM1.5 juta (Rp5 milyar) untuk memeriahkan majlis perkahwinan mewah adik kesayangannya Assyiffa Nurani, 23

Majlis resepsi Assyiffa dan Nanda Fachrizal diadakan di hotel mewah Hotel Margo di Depok, Jawa Barat pada Ahad, 20 Februari 2022 lalu mengikut adat Sunda seperti permintaan Assyiffa.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perkahwinan


Ayu Ting Ting atau nama asalnya Ayu Rosmalina Abdul Rozak diketahui begitu menjaga hubungan baik keluarga dengan memberi hidup selesa daripada hasil nyanyian dan perniagaannya untuk keselesaan hidup ayahnya, Abdul Rozak, 62; ibunya, Umi Kalsum, 52; anaknya, Bilqis Khumaizah, 9, dan adiknya, Assyiffa Nurani, 23. 

Jika adik lelakinya, Narfazli Ade Ramdani masih hidup dia akan berusia 22 tahun kini. 

Majlis perkahwinan mewah yang ditanggung oleh Ayu itu menjadi bahan perbincangan masyarakat terutama para netizen.

Ayu mengesahkan jumlah yang dikeluar, namun tidak menganggap ia satu pembaziran.




Dia yakin jumlah yang dikeluar akan dapat diperoleh kembali tidak lama. Ini kerana Ayu tidak bergantung sepenuhnya dalam bidang nyanyian, sebaliknya terlibat dalam sejumlah perniagaan

Ayu merupakan salah seorang hos program ‘Brownis’ di TransTV yang muncul lima kali seminggu dan dibayar mahal untuk tugasnya itu.



Setelah membiayai perkahwinan mewah adiknya, tumpuan kini tertumpu kepada Ayu Ting Ting bila akan menamatkan alam jandanya

Walaupun pernah dikait dengan beberapa lelaki, namun Ayu tetap membisu apabila ditanya soal jodoh. Dirinya dilihat lebih selesa berteman dengan Ivan Gunawan Putra iaitu rakan hosnya.

Ivan begitu mengharap Ayu sudi menerima cintanya dan sudah mengenali dan meminati  Ayu ketika mulai jadi penyanyi pada tahun 2005. Dia terus memburu Ayu walaupun sudah menjadi janda anak satu.



Ketika namanya sedang memuncak, Ayu mengemparkan bidang seni Indonesia apabila berkahwin senyap-senyap dengan Henry Baskoro Hendarso lebih dikenali sebagai Enji dengan didaftar pada 4 Januari 2014 ketika Ayu berusia 20 tahun. Bagaimanapun anaknya Bilkis dilahir pada 28 Disember 2013.

Berita kelahiran Bilqis sebelum Ayu rasmi bernikah menjadi berita hangat di Indonesia, Namun Ayu pandai mengawal berita itu hingga kini bukan lagi menjadi isu besar.


Ayu, Ivan dan Bilqis bakal menjadi satu keluarga?

Perkahwinan Ayu dan Enji cuma berlangsung 20 hari dan dianggap antara perkahwinan terpendek di Indonesia.

Pada 27 Januari 2014, mendaftarkan tuntutan cerai ke Mahkamah Syariah Depok dan perceraian disahkan pada 1 April 2014. Hubungan Ayu dan Enji tidak baik. Ayu enggan membenarkan Enji menemui anaknya hingga kini.



Pada majlis resepsi, Ivan Gunawan turut hadir dengan memberi satu envelop tebal berisi wang.

Ketika ditanya petugas media bila majlis perkahwinan Ayu dan Ivan akan berlangsung, penyanyi dangdut ini cuba mengelak, namun Ivan cuma ketawa.

Ivan Gunawan Putra adalah seorang selebriti terkenal di Indonesia. Selain menjadi seorang pereka fesyen terkenal, dia juga menjadi hos, penyanyi dan mempunyai perniagaan yang berjaya.

Selebriti yang berusia 40 tahun kini menjalani diet ketat unyuk menguruskan badannya untuk selesa bermahtangga.

Mungkin Ayu akan berkahwin  apabila dia berusia 30 tahun pada 20 Juni 1992 ini dan Iwan Gunawan menjadi pilihannya? - KitaReporters

10
9
0
13
0
You will be interested