Seni & Sukan 31 Dec, 2020

Video| Apa masalah? Ucap terima kasih kepada designer, Noraniza dicap tak sedar diri dah tua!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

MASIH ada pihak yang seakan-akan tidak berpuas hati dengan penyanyi popular, Noraniza Idris walaupun rancangan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) sudah menutup tirai. Penyanyi yang terkenal dengan irama Malaysia itu dikecam berikutan persembahannya didakwa tidak bagus dalam GV7. : KitaReporters


Sebagai artis yang berpengalaman, pasti Noraniza sudah biasa dengan kecaman.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Noraniza Idris:

https://kitareporters.com/search?search=noraniza+idris


Namun, disangkakan dengan tamatnya rancangan tersebut, maka tamat jugalah kecaman terhadapnya. 

Tetapi seballiknya masih ada saki-baki pihak yang dilihat tidak berpuas hati dengan meninggalkan mesej jelek dalam komen Instagram milik Noraniza.

Terbaharu, dalam Instagram, Noraniza berterima kasih kepada seorang pereka fesyen kerana menyediakan pakaian untuknya. 

Pakaian yang digunakan untuk persembahan sebuah rancangan hiburan itu merupakan hasil rekaan pereka fesyen muda yang pernah bekerjasama dengan Noraniza dalam GV7 yang lalu.


Awet muda! Wajah Noraniza tidak banyak berubah sejak dulu lagi.



“Terima kasih buat pereka muda kesayangan Kak Ani @dokohmy yang sentiasa tidak mengecewakan sejak #GV7 lepas. Semalam di #FestivalMuzikAJL sekali lagi @thisisyeoy menggayakan Kak Ani dengan dress pink yang cukup cantik. Terima kasih ya!,” tulis Noraniza.


Noraniza berterima kasih kepada pereka fesyen kerana menyediakan pakaian yang cantik.


Namun, apa yang tidak enaknya ada seorang netizen yang menggunakan akaun palsu meninggalkan komen jelek. Dia memanipulasi kenyataan Noraniza dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

“Cantik apa dah tua nak mampus,” tulis individu terbabit tanpa rasa bersalah.

Pihak yang tidak berpuas hati tanpa jemu meninggalkan komen jelek dalam media sosila milik artis.

Kecaman tersebut mendapat reaksi daripada ramai netizen yang lain dan menyifatkan kenyataan individu terbabit sangat tidak bertanggungjawab dan kurang ajar.

Malah, Noraniza sendiri tampil membalas kecaman tersebut dengan menyatakan individu terbabit salah faham terhadap kapsyen yang ditulisnya.

“Laaa kan saya cakap kat kapsyen tu, dress pink ni yang cantik bukannya saya. Alaaa akaun palsu ni tak pandai baca ni,” jawab Noraniza ringkas.



Semoga Noraniza tabah dan tidak mudah melatah dengan kata-kata nista dan perangai buruk sesetengah netizen yang sengaja mencari pasal. 

Orang seperti itu, kalau dilayan makin menjadi. Tetapi kalau tak dilayan, dipijaknya pula kepala. Serba-salah jadi artis ni! - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested