Seni & Sukan 01 Sep, 2020

Sempena Hari Merdeka! Belia Bukit Besi jelajah 23 kampung!!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

KESANGGUPAN peserta menjelajah kampung sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Terengganu dengan menunggang motosikal dan bermalam di kampung terbabit satu pengorbanan yang patut dipuji demi menanam semangat kemerdekaan dan cintakan negara. : KitaReporters

Peserta konvoi motosikal dari DUN Bukit Besi jelajah kampung selama dua hari


Program sempena sambutan Bulan Kemerdekaan anjuran Pejabat Penyelaras DUN Bukit Besi itu berjaya membangkitkan semangat patriotik peserta yang terdiri daripada remaja lelaki dan perempuan. 

Program Konvoi Jelajah Merdeka selama dua hari satu malam yang julung kali diadakan itu membabitkan 130 peserta dalam kalangan belia di kawasan DUN berkenaan.

Peserta Jelajah Merdeka DUN Bukit Besi,Terengganu


Menerusi aktiviti tersebut peserta sempat menjelajah 23 kampung dalam DUN Bukit Besi sambil menyampaikan sumbangan barangan dapur kepada penduduk kampung tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud ketika melancarkan program berkenaan berkata, konvoi yang disertai anggota Pemuda dan Puteri UMNO itu menyemarakan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud  


Katanya, selain bantuan bekalan makanan, pihaknya juga turut menyampaikan 10 helai Jalur Gemilang kepada ketua-ketua komuniti di kampung terbabit untuk dipasang di kampung masing-masing.

Roslee berkata, beliau kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh setiap peserta yang sanggup menunggang motosikal untuk menjelajah setiap kampung sambal menyampaikan sumbangan kepada penduduk.

Malah, peserta juga tidak lupa menunaikan solat berjemaah di masjid apabila masuk waktu solat di lokasi yang mereka singgah.

Peserta tidak lupa menunaikan solat ketika tiba di masjid


“Insya-Alah program seumpama itu akan diteruskan lagi kerana ia mendapat sokongan dan permintaan ramai peserta,” katanya.

Seorang peserta, Mat Hussin Daud, 20, berkata, beliau gembira kerana terpilih menyertai program itu kerana dapat merasai sendiri suasana menyambut Hari Kebangsaan Ke-63.

“Jika ada mana-mana pihak yang sedia menganjur program seumpama itu lagi, saya akan turut menyertainya,” katanya. - KitaReporters

 

 

2
0
0
0
0
You will be interested