Seni & Sukan 25 Aug, 2020

Jom gi Terengganu: Festival warisan, budaya, seni Ganu Kita

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

“NEGERI Cantik, Budaya Menarik, Orangnya Baik-baik.”  Begitulah tagline yang popular dan amat serasi dengan rakyat Terengganu apabila mempromosikan produk pelancongan dan kebudayaan kepada pelancong yang berkunjung ke negeri tersebut. : KitaReporters

Perahu  lama antara warisan seni yang dimiliki oleh tukang perahu di Terengganu


Lagi cerita-cerita berkaitan pelancongan:

https://kitareporters.com/search?search=pelancongan


Sememangnya Terengganu kaya dengan warisan kebudayaan dan hasil kerja seni yang diwarisi sejak turun temurun sehingga kepada generasi sekarang.

Festival Kebudayaan Terengganu 2020 yang bakal diadakan pada 27 Ogos hingga 6 September 2020 ini sudah tentu memberi peluang kepada pelancong melihat sendiri warisan seni dan budaya negeri berkenaan.

Festival Kebudayaan Terengganu 2020 yang bakal diadakan pada 27 Ogos hingga 6 September 2020 ini sudah tentu memberi peluang kepada pelancong melihat sendiri warisan seni dan budaya negeri berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman berkata, penganjuran festival tersebut merupakan cetusan baharu untuk mengumpul dan menghimpunkan kesemua seni budaya warisan negeri.


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman 


Katanya, Terengganu lazimnya dikenali kerana pulau dan pantainya yang cantik, tetapi sebenarnya negeri ini memiliki khazanah seni warisan budaya yang amat tinggi nilainya.

Beliau berkata, dalam usaha mempromosi produk seni budaya warisan Terengganu, festival ini diharap dapat membawa kembali kegemilangan, kebudayaan dan warisan seperti seni bina, masakan tradisional dan tarian tradisional.

"Ciri-ciri ini telah lama hilang ditelan zaman sehingga kian dilupakan masyarakat setempat apatah lagi pelancong asing," katanya.

Katanya, Festival Kebudayaan Terengganu dijangka dihadiri kira-kira 10,000 pelancong juga dapat dijadikan platform dalam mengetengahkan dan memperkenalkan kebudayaan, kesenian dan warisan yang ada di Terengganu kepada dunia.

"Selain memartabatkan seni warisan budaya, kita juga mahu generasi sekarang dan akan datang supaya kenal, dan tahu erti menilai khazanah kesenian dan kebudayaan yang kita ada ini agar ianya tidak ditelan zaman," ujarnya.

Ariffin (tengah) bersama penggiat industri pelancongan di Terengganu 



Ariffin berkata, kebanyakan program atau aktiviti sempena festival berkenaan adakan di beberapa lokasi terpilih sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Katanya, kerajaan berhasrat menjadikan Bandar Raya Kuala Terengganu ini sebagai hab pelancongan kepada pelancong, baik dari dalam negeri, luar negeri ataupun dari luar negara.

"Di samping mereka berkunjung ke Terengganu, mereka berkesempatan untuk singgah dan turut serta dalam festival yang julung kali diadakan dalam skala yang besar ini dan jarak untuk satu lokasi ke lokasi yang lain tidak jauh," katanya.

Kenyataan Media Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu berhubung Festival Kebudayaan Terengganu 2020



Katanya, enam lokasi terbabit akan menonjolkan seni budaya warisan negeri dengan tema yang berlainan. 

Menurutnya, Festival Kebudayaan Terengganu akan diadakan di Primula Beach Hotel, Duyong Marina & Resort, Permai Hotel, Warisan Sari, Paya Bunga Square dan Paya Bunga Hotel dan Terradala, di mana setiap lokasi itu mempunyai tema tersendiri.

"Sebagai contoh, Primula Beach Hotel berkonsepkan Perkampungan Nelayan, justeru pengunjung akan disajikan dengan pameran nelayan berkolek, pertunjukan kebudayaan, bicara kebudayaan, dan juga seni kraf Terengganu. 

“Di Duyong Marina & Resort pula bertemakan cerita duyung iaitu kita tampilkan khas pelukis profesional, Taib Aur yang akan mempamerkan hasil karya beliau, persembahan rodat, silat gayung, bicara pembuatan bot dan perahu oleh tukang bot tersohor, Wan Hashim. 

“Lokasi lain seperti Hotel Permai akan mengetengahkan Wau Sobek, Warisan Sari menyajikan alunan Gamelan Sari, pertunjukan gasing terbang di Paya Bunga Square & Hotel dan caritra Langkasuka di Terradala,” katanya. 

Kampung Budaya berkonsepkan muzium hidup yang menggabungkan pelbagai kebudayaan dan warisan dalam satu kawasan iaitu di Muzium Negeri itu akan dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 3 September 2020 ini. - KitaReporters

1
2
1
0
0
You will be interested