PRESIDEN Persatuan Seniman (Seniman), Zed Zaidi atau nama penuhnya Rozaidi Abdul Jamil berkongsi khabar gembira dalam Instagram mengenai pelantikannya sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Hal Ehwal warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Pelantikan tersebut dibuat hasil kata sepakat dalam Mesyuarat Khas Ahli Perbadanan pada 18 Jun 2020. : KitaReporters
Menurut Zed, dia bersyukur dan berterima kasih atas
pelantikan tersebut dan berjanji akan menjalankan tanggungajwab itu.
“Alhamdulillah saya akan menjaga amanah dan
menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin. Terima kasih Kementerian Komunikasi
Multimedia Malaysia dan Finas,” tulisnya.
Surat pelantikan yang diterima Zed untuk menggalas tanggungjawab sebagai AJK Finas.
Pada 23 Mei 2020, Menteri Komunikasi dan Multimedia
Datuk Saifuddin Abdullah mengumumkan pelantikan Zakaria Abd Hamid sebagai
pengerusi baharu Finas menggantikan Datuk Hans Isaac.
Berikutan pelantikan tersebut, Zed menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan dan netizen.
Semoga pengalaman sepanjang bergelar Presiden Seniman, dapat membantu Zed menggalas tanggungjawab tersebut. - KitaReporters