Gaya Hidup 05 Jul, 2022

Video| Didoakan selamat dan dapat haji mabrur! Nelydia Senrose, suami berangkat tunaikan haji!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Setelah beberapa kali menunaikan umrah, pelakon Nelydia Senrose, 27, dan suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.  menjadi tetamu Allah apabila berangkat menunaikan haji pada Ahad, 3 Julai 2022.

Kali terakhir Nelydia dan suami mengerjakan umrah ialah Februari 2022 bersama sejumlah anggota keluarga termasuk kakaknya Uqasha Senrose, 29, dan suami, Kamal Adli.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Nelydia Senrose

Nelydia bersama suami berharap dapat haji yang mabrur

Nelydia menerusi perkongsian dalam Instagram (IG) berkata, dia bersyukur dipilih menjadi tetamu Allah untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

"Saya Nik Zaris Nelydia dan suami tersayang, Mohd Hafez Halimi dengan rasa penuh kesyukuran, gembira dan tawaduk, di atas kebesaran Sang Pencipta yang Maha pengasih dan mengasihani yang mengizinkan kami untuk menjadi Duyufurrahman (tetamu Allah) bagi menunaikan ibadah haji.


"Ini adalah anugerah Allah yang Maha Agung buat kami berdua. Saya dengan penuh rasa kerdil dan rendah diri ingin memohon seribu kemaafan kepada semua yang mengenali saya.

"Segala salah dan silap, terkasar bahasa yang saya sedari mahupun tanpa sengaja atau terlepas pandang selama ini. Halalkan makan minum kami," tulisnya dalam satu hantaran dalam IG.

Nelydia yang turut memuat naik gambar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) juga memohon doa agar mereka selamat pergi dan balik.


"Saya mohan agar dapat dititipkan doa buat saya dan suami agar selamat pergi dan balik. Dipermudahkan segala urusan dan dengan izin-Nya mendapat haji mabrur.

"Segala yang saya hajatkan, semua yang saya impikan, apa yang saya bayangkan, tidak akan terlawan dengan anugerah daripada-Nya ini, yang tidak akan mungkin saya dustakan, sehingga ke akhir hayat," tulisnya.

Sejumlah kaum kerabat turut menghantar keberangkatan Nelydia dan suami ke Tanah Suci.

16
10
0
10
0
You will be interested

Piala FA 2022: Harap masalah padang tak berulang! Stadium Nasional gelanggang akhir! 10 Sept 2022!

MFL putuskan bahawa pertemuan perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan Terengganu FC akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada 10 September 2022

Menarik sekali! Penyokong minat nak beli saham Kelantan FC! jika terjadi, ia satu sejarah baharu!

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman ada terima permohonan daripada penyokong setia berminat untuk beli saham Kelantan FC sebanyak 5% pada harga RM3 juta
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 3 hours ago

Video| Siapa yang salah? Pelajar tidur, guru siram air! Guru mohon maaf! Akan dikenakan tindakan!

Tular video seorang guru di Kalimantan yang bertindak menyiram seorang murid perempuan yang letakkan kepalanya di atas meja seperti sedang tidur ketika menulis
Nur Syamila Kamarul Arefin in Gaya Hidup 4 hours ago

Video| Allahuakhbar! Si bulus Lala ikut tuan sebut nama Allah ketika beranak! Undang sebak netizen!

Tular video tunjukkan seekor kucing dikenali sebagai Lala ikut tuan yang setia menemaninya sebut nama Allah ketika lahirkan anak dan mengundang perhatian ramai
Fitri Hazim in Gaya Hidup 5 hours ago