Seni & Sukan 29 Jun, 2022

Habis block! Orang pun bayar jugak! Pemakaian tanjak tonton filem Mat Kilau jadi perdebatan hangat!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Tayangan pertama filem Mat Kilau di panggung wayang pada 23 Jun 2022 lalu merekodkan sejarah sebagai filem epik tempatan pertama meraih RM1 juta.

Filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof telah mencetuskan fenomena dan mencatat rekod yang luar biasa apabila berjaya membuat kutipan sebanyak RM18 juta dalam tempoh lima hari tayangan

Filem ini sememangnya telah menarik ramai penonton tanpa mengira usia tua atau muda.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan busana Melayu


Demi menyemarakkan lagi semangat kemelayuan dan rasa patriotisme, terdapat golongan penonton yang mengenakan busana Melayu tradisional berserta tanjak ketika hadir menonton filem yang jadi fenomena itu. 

Ibarat pahlawan Melayu dah!

Namun, ada dalam kalangan penonton lain berasa kurang selesa kerana saiz tanjak besar telah menghalang tontonan penonton-penonton lain.

Ini telah menjadi isu dalam media sosial antara para netizen yang bersetuju mereka memakai tanjak dan ada yang menolaknya.



Ada juga netizen yang berpendapat bahawa tidak mengapa untuk bertanjak demi menyemarakkan filem tersebut. Tetapi semasa menonton tu bukalah sebentar untuk memudahkan orang lain yang menonton

Semoga isu ini tidak menjadikan kita bergaduh antara satu lain. 

Diharapkan semua penonton dapat menonton filem trending ini dengan selesa dan menghayatinya. - KitaReporters



17
13
0
20
1
You will be interested