Seni & Sukan 12 Jul, 2022

Lembu korban mengamuk! Langgar pagar rumah, terjatuh ke dalam perigi! Diselamatkan anggota bomba!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

Gambar hiasan... Seekor lembu yang akan dijadikan korban.


ANGGOTA Pemadam Kebakaran (Damkar) terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan seekor lembu yang dijadikan sebagai korban Hari Raya Aidiladha selepas terjatuh ke dalam perigi sedalam 15 meter di Desa Jatisobo, Kecamatan Polokarto, Sukoharjo, Jawa Tengah pada pagi Sabtu, 9 Julai 2022 lalu. 

Haiwan ternakan itu terjatuh ke dalam perigi milik seorang penduduk selepas lembu terbabit tiba-tiba mengamuk lalu tali pada tengkuknya terputus ketika ia sedang dibawa naik ke atas sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk dihantar kepada seorang pembeli haiwan korban itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ternakan lembu

Kredit foto: Damkar Sukoharjo


Sebaik sahaja tali terputus, lembu itu melarikan diri dengan kuatnya sehingga haiwan itu melanggar pagar sebuah rumah warga sebelum ia terjatuh ke dalam telaga yang terletak di belakang rumah tersebut.

Dipetik dari portal Solopos.com pada  9 Julai 2022 berkata, akibat kejadian itu, pemilik lembu itu terpaksa menghubungi Damkar ataupun Jabatan Bomba dan Penyelamat Sukoharjo supaya menyelamatkan haiwan itu yang terjatuh ke dalam perigi berkenaan.

Lembu tersebut akan dijual kepada seorang pembeli yang tinggal di desa lain untuk dijadikan korban pada Hari Raya Aidiladha (10 Julai 2022) dan haiwan itu akan dihantar dengan menggunakan sebuah Toyota Hilux.


Anggota Damkar berjaya menyelamatkan seekor lembu korban yang terjatuh ke dalam perigi di Polokarto, Sukoharjo, Jawa Tengah. - Kredit foto: Damkar Sukoharjo.


Sementara itu, Ketua Bidang Damkar Satpol PP Sukoharjo, Margono berkata pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 5.40 pagi.

Berikutan dengan kejadian tersebut, katanya, pihaknya juga telah menghantar anggota Damkar ke lokasi itu.

‘’Kami mengambil masa selama tiga jam menyelamatkan haiwan itu dan dibawa naik dari telaga tersebut sedalam 15 meter.

‘’Perigi itu terlalu dalam serta sempit dan amat sukar bagi petugas kami melakukan kerja-kerja menyelamatkan haiwan itu, maka kami lakukan teknik evakuasi dengan memasukkan air ke dalam perigi kemudian lembu itu terangkat ke atas secara perlahan-lahan,’’ katanya.

Margono berkata, haiwan itu berhasil diselamatkan dan tidak cacat lalu kemudian dihantar kepada pembeli terbabit untuk dijadikan korban Hari Raya Haji. - KitaReporters


Kredit foto: Damkar Sukoharjo

16
15
0
13
0
You will be interested