Seni & Sukan 31 Oct, 2020

Cash is not king! Hanya guna baucar, kupon selama 36 tahun!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

KITA sering mendengar wang adalah segala-galanya dan segala-galanya perlukan wang. Tanpa wang bingunglah manusia… malah ada yang gila kerana tiada wang. Selangkah keluar dari rumah pasti menggunakan wang malah masuk ke tandas juga memerlukan wang sebagai bayaran untuk kegunaan di tempat berkenaan. : KitaReporters


BERSEDERHANA meneruskan kehidupan harian dan menjadikan baucar dan kupon sebagai perantaraan untuk membeli keperluan diri. - Kredit foto: Sin Chew Daily.


Itu belum lagi untuk membayar komitmen bulanan seperti sewa beli kereta dan rumah. Semuanya memerlukan wang! 

Namun seorang lelaki di Jepun mampu membuktikan tanpa wang dia mampu meneruskan kehidupan…pelik kan bunyi?

Tapi itulah reality yang dilalui Kiriya Hiroshi, warga emas yang langsung tidak menggunakan wangnya selama 36 tahun!

Wow!!! habis tu dia hidup guna apa? sedangkan masuk tandas pun memerlukan wang!

Memetik laporan Sin Chew Daily, lelaki berusia 71 tahun itu sebenarnya sudah lama tidak memegang duit sebaliknya menggantikan baucar yang diperoleh sebagai ganjaran daripada pelaburan saham yang disertai.


BAUCAR yang diperoleh hasil daripada pelaburan saham yang disertai sejak usinya 35 tahun lagi. 


Menurut laporan berkenaan, Hiroshi telah menyertai pelaburan saham di negara itu sejak usianya 35 tahun. Di Jepun terdapat satu system khas diamalkan di mana semua pelabur akan diberikan baucar sebagai ganjaran.

Sejak melabur dia yang masih bujang langsung tidak menggunakan duit lagi sebagai perantaraan untuk membeli dan kegunaan harian sebaliknya menggantikan baucar yang diperolehi daripada saham yang dilaburkan.

Kini selepas 36 tahun berlalu, nilai saham yang dimilikinya juga mencecah 300 juta yen (RM11.9 juta).

Semua hasil melabur di 900 buah syarikat saham.


DOMPET hanya dipenuhi dengan baucar bagi membolehkan dia menukar dengan barangan yang diingin dibeli.


Mak oiii banyaknya!

Lebih melucukan dompetnya hanya dipenuhi dengan baucar dan kupon tidak seperti individu lain yang ‘tebal’ dengan duit.

Difahamkan Hiroshi menggunakan sepenuhnya baucar yang diperoleh untuk kegunaan peribadinya termasuklah membeli makanan dan keperluan harian.

Malah dia turut mengamalkan sikap jimat cermat bagi menghadkan penggunaan supaya tidak membazir.

Pelik kan? Tapi wujud di dunia kita! : KitaReporters

4
2
0
0
0
You will be interested