Seni & Sukan 02 Nov, 2020

Terima aduan! Perhilitan tegur lelaki mandi dengan ular sawa

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

Baru-baru ini tular dalam media sosial gambar seorang lelaki sedang mandi bersama ular sawa di sungai. Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Abe Awe berkongsi gambarnya mandi bersama ular sawa bersaiz besar di sebatang sungai dalam akaun Facebooknya. Ini seterusnya mencetuskan polemik dalam media sosial. : KitaReporters


Gambar yang tular dan menjadi kebimbangan segelintir masyarakat. - Kredit foto: Facebook Abe Awe


Namun menurut Abe atau nama penuhnya Mohd Redzuan Abdullah Zawawi, dia telah didatangi seorang seorang lelaki berumur menegurnya kerana membawa haiwan buas ke tempat awam. 

“Kehadiranku bersama haiwan kesayangan pada saat orang leka berada di rumah. Ada seorang pakcik menegur saya dan bercakap sungai ni tempat orang mandi.

“Mungkin dia terlupa kita semua berkongsi dengan mahkluk lain. Ingatlah wahai sahabat janganlah berdoa untuk kejatuhan seseorang malah berdoalah demi kebaikan seseorang,” tulisnya.




Perkongsian Abe itu bagaimanapun mendapat reaksi berbeza netizen kerana ada yang menganggap perbuatan membawa haiwan buas walaupun ia adalah haiwan peliharaan di tempat umum adalah tidak sesuai.

Kejadian tersebut mendapat reaksi Jabatan Perhilitan kerana ia tular dalam media sosial. Perhilitan menerusi media sosial rasmi mereka, telah membuat perjelasan mengenai perkara tersebut.


Membawa haiwan buas ke tempat awam memerlukan permit khas, jelas Perhilitan. - Kredit Foto: FB Abe Awe


Menurut Perhilitan, mereka telah menerima aduan daripada orang awam mengenai hal tersebut. Justeru tindakan telah diambil dengan melakukan satu pemeriksaan ke atas individu terbabit.

“Susulan daripada aduan awam mengenai seorang lelaki mandi bersama ular sawa yang tular dalam aplikasi Facebook, satu pemeriksaan telah dijalankan pada 28 Oktober 2020.

“Pemeriksaan telah dijalankan di kediaman beliau di Balik Pulau, Pulau Pinang. Hasil pemeriksaan oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia ke atas pemilik ular sawa tersebut mendapati beliau mempunyai lesen menyimpan yang sah untuk kedua-dua ular sawa yang tular di Facebook.




"Beliau menerangkan kepada kakitangan Jabatan Perhilitan bahawa gambar yang tular tersebut merupakan sesi fotografi permintaan daripada sebuah akhbar tempatan.

“Jabatan Perhilitan telah memberikan khidmat nasihat supaya tidak bermain ular di khalayak ramai untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini di samping memohon Permit Pameran Bergerak sekiranya ingin melakukan aktiviti seumpama itu,” jelas Perhilitan. 



Semoga dengan penjelasan daripada Perhilitan ini diambil ikhtibar. 

Tak salah untuk kita saling sayang-menyayangi antara mahkluk, tetapi ada peraturan yang perlu diikuti agar tidak terjadi perkara buruk yang tidak diingini. Sejinak-jinak haiwan buas, ia tetap mempunyai naluri liar yang harus diawasi. 

Bak kata Perhilitan, kalau mahu membawa haiwan ke pameran atau kawasan umum, mohonlah Permit Pameran Bergerak. - KitaReporters

3
0
1
0
1
You will be interested