PERSAINGAN Liga Malaysia terpaksa diberhentikan seketika akibat penularan COVID-19 di Malaysia dan ini menyebabkan banyak pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia mengalami sedikit permasalahan terutama dari segi kewangan. : KitaReporters
Jika sebelum ini, kutipan tiket menjadi salah satu cara menjana kewangan kelab namun begitu, apa yang terjadi ketika ini sudah pasti memerlukan setiap pasukan memikirkan kembali perancangan mereka untuk tahun ini.
Bagi memastikan sekurang-kurang kelab dapat mencari kewangan, pasukan Selangor FA telah memperkenalkan 'facemask' atau penutup muka Red Giants kepada penyokong setia mereka.
Penutup muka ini telah direka dengan 3 corak dan jika dilihat corak penutup muka ini, ia kelihatan cantik.
Satu idea yang baik daripada pihak pengurusan. Tahniah!!
Bagi memastikan rekaan penutup muka Red Giants mendapat tempat dalam kalangan peminat, ia telah dilengkapi dengan 'pocket system' dan ia dipadankan bersama 3-ply mask & PM 2.5 filter dan sudah pasti ia sesuai digunakan oleh orang ramai.
Bagi penyokong skuad gergasi merah kuning di seluruh Malaysia, anda tidak perlu risau kerana pembelian ini boleh dilakukan secara dalam talian di Shoppe.
Jika lihat usaha Selangor FA ini, ia harus diberi pujian kerana bijak mencari jana pada kala persaingan liga kita terpaksa dihentikan seketika. - KitaReporters
Melihat komen para penyokong, ada antara mereka telah melakukan pembelian bagi membantu pasukan.
Selain itu, ada juga antara penyokong yang memuji cara pihak pengurusan Selangor FA mencari kewangan untuk kelab ketika ini.