Siti Nurhaliza panik apabila didatangi lelaki yang sama lima tahun lalu berkelakuan tidak senonoh di depan rumahnya. - Kredit foto: Musangviral.com
Lelaki itu adalah individu yang sama berkelakuan tidak senonoh lima tahun lalu dan pernah dipenjara.
‘Tolong! Macam mana nak buat? Ingat tak orang tak siuman yang pernah buat kacau di hadapan rumah saya dulu?
Kejadian terbaru berlaku pada petang Khamis, 11 Jun 2020.
Tulisan Siti Nurhaliza dalam instastorynya. - Kredit foto: musangviral.com
"Menjerit-jerit depan rumah. Tolong polis!” tulisnya di ruangan instastory pada Khamis, 11 Jun 2020.
Pada Oktober 2015, seorang duda dua anak berusia 49 tahun dihukum enam bulan penjara kerana menunjukkan kemaluannya kepada pembantu rumah Siti di hadapan kediaman penyanyi tersohor ini pada Ahad, 4 Oktober 2015.
Lelaki itu dikenali sebagai Amiruddin Sulaiman, 49, adalah seorang duda menganggur dengan dua anak berusia 19 dan 21 tahun. - KitaReporters