Seni & Sukan 28 Jan, 2024

Video| PM tampil hulur sumbangan lagi! Kali ini untuk Jalil Hamid! Doa cepat sembuh! Masalah jantung!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Jalil menerima kunjungan kakitangan Jabatan Perdana Menteri diketuai Farhan Fauzi.


Insan seni veteran Abdul Jalil Abdul Hamid, lebih dikenali sebagai Jalil Hamid, 66, yang menghadapi masalah jantung terharu apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan kepadanya.

Sumbangan disampai oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi ketika mengadakan kunjungan ke kediaman pelakon drama ‘Ayahanda’ itu, pada Jumaat, 26 Februari 2024. 

Perkara itu dinyatakan dalam laman Facebook Perdana Menteri pada 27 Januari 2024.


Jalil bersama isteri Rafeah Mohammad  terharu mendapat sumbangan daripada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Foto dari FaceBook Anwar Ibrahim

"Alhamdulillah, semalam (Jumaat, 26 Januari 2024), Setiausaha Politik saya, saudara Farhan Fauzi berkesempatan melakukan ziarah ke atas seniman Jalil Hamid serta memberikan sedikit sumbangan kepada beliau," tulis Anwar.

Menerusi hantaran sama, Anwar turut mendoakan artis yang popular menerusi lagu ‘Ayam’ itu supaya terus dikurniakan kesihatan baik. 
Jalil yang bukan sahaja dikenali sebagai pelakon dan pelawak, malah juga penyanyi. 

Jalil adalah antara insan seni yang terjejas pendapatan setelah tidak menerima tawaran berlakon sejak beberapa waktu. Nasib malangnya bertimpa apabila disahkan mengidap sakit jantung pula. 



Pada 7 Januari 2024, Jalil disahkan mengalami masalah jantung selepas menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Serdang. Jalil hilang selera makan sejak tahun lalu (2023) menyebabkan berat badannya susut hampir 30 kilogram. 

Jalil mula bergiat secara aktif dalam bidang rakaman sejak 1990 dan sudah puluhan filem dan drama TV dilakonkannya.

Jalil pernah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Popular Drama dalam Anugerah Skrin 2016 melalui drama ‘Calon Syurga’. 

Sementara dalam Anugerah Skrin 2017 dia menerima anugerah  Pelakon  Lelaki Popular Filem melalui filem ‘Bisik Pada Langit’.

Jalil juga cuba memperlihatkan bakat nyanyian dengan merakamkan album bersama syarikat rakaman PonyCanyon pada awal 1990-an. 

Namun Jalil tidak meneruskan bidang nyanyian dengan lebih menumpu bidang lakonan dan lawak dan menjadi antara pelakon berwatak yang disegani.

Antara lagu popular nyanyian Jalil ialah ‘Ayam’, ‘Makan’, ‘Mata’ dan ‘Raya’. Kesemuanya mempunyai lirik berunsur komedi ciptaan Jalil sendiri.


Anwar memang prihatin terhadap insan seni yang menghadapi masalah kesihatan sehingga menjejaskan kelangsungan hidup.

Sepanjang tahun 2023, Perdana Menteri telah memberi sumbangan kepada beberapa insan seni yang menghadapi kesukaran kehidupan. Di antaranya ialah anak Seniman Agung P Ramlee, Sazali dan isterinya pada September 2023, Ibnor Riza, Fauziah Samad pada Mak Jah (Maimunah Ahmad) pada November 2023. - KitaReporters


18
12
0
11
0
You will be interested