Seni & Sukan 25 Jan, 2024

Ada netizen bosan! Intan Najuwa asyik tayang kemewahan! Kalau dah tak suka, unfriend sahaja! Mudah!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Sejak mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan bernama Datuk Ahmad Azraf, Datin Intan Najuwa dilihat sering terpalit dengan kata-kata nista netizen yang seakan-akan dengki dengan kehidupan baharunya itu. Ada sahaja kata-kata nista dilemparkan kepada pelakon berasal dari Johor Bahru ini.

Apa sahaja hantaran yang dikongsi dalam media sosial oleh Intan, akan menjadi bualan dan cercaan sesetengah netizen. Gaya hidup mewah yang dipertontonkan oleh Intan mengundang rasa iri hati sesetengah netizen sehingga mereka mendakwa pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu mata duitan dan kaki kikis.


Intan dituduh suka tayang kemewahan.


Tidak mudah melatah dan terkesan dengan kecaman demi kecaman yang diterima, Intan dilihat seperti biasa terus berkongsi gaya hidupnya besama peminat setia. Yelah, dalam seribu yang mengecam, beribu-ribu lagi yang memberi sokongan. Begitulah kehidupan seorang figura dikenali ramai.

Pada pertengahan Januari 2024 lalu, seperti biasa Intan berkongsi dalam Instagram (IG) pengalamannya makan di sebuah restoran mewah. 

Tiada yang istimewa pun kerana itulah gaya hidupnya sebelum ini apatah lagi apabila sudah berumah tangga. Tak salah pun berdua-duaan menikmati hidangan bersama suami tercinta.


Perkongsian inilah yang membuatkan seorang individu berasa bosan dengan content dalam IG Intan.


Namun, perkongsian itu mendapat kecaman daripada netizen yang menggunakan akaun palsu. Tidak pasti apa tujuan individu berkenaan membuat komen sedemikian. Mungkin dia dengki dengan kebahagiaan yang dimiliki Intan dan suami. 

Paling tak faham, tak suka artis tetapi masih mengikuti media sosialnya. Pelik bukan? Tujuannya tak lain tak bukan untuk memprovokasi dan mengecam artis tersebut.

“Hemm, bosanlah benda sama,” tulis individu tersebut.



Komen tersebut mendapat reaksi daripada Intan sendiri. Mungkin disebabkan geram, Intan bertindak membalasnya.

“Lepas tu nak suruh saya joget hiburkan supaya awak tak bosan ke?” balas Intan.

Komen sindiran itu juga mendapat reaksi daripada peminat-peminat setia Intan. Ramai yang menghentam individu terbabit.



“Kalau dah mula bosan dengan content orang, terus unfollow sahajalah,” bidas seorang netizen.

Betul juga, kalau sudah bosan atau tak suka, jangan follow artis tersebut. Tiada siapa yang paksa. 

Seperti yang dikatakan, orang seperti ini sebenarnya memang tujuannya adalah untuk menghentam mana-mana artis yang tidak disukainya. - KitaReporters


12
4
0
11
0
You will be interested