Seni & Sukan 31 Dec, 2022

Video| Piala AFF 2022: Malaysia wajib menang lawan Singapura 3 Jan 2023! Singapura ikat Vietnam, 0-0!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Hasrat Vietnam untuk meneruskan rentak kemenangan ketiga berturut-turut tidak kesampaian apabila diikat oleh tuan rumah, Singapura tanpa jaringan dalam aksi Kumpulan B Piala AFF 2022 di Stadium Jalan Besar pada 30 Disember 2022. 

Vietnam yang bermain di tempat lawan lebih dominan sepanjang perlawanan sementara Singapura pula lebih bermain bertahan sepanjang 90 minit permainan. 

Taktikal bertahan ini membuat skuad kendalian Park Hang Seo buntu untuk melancarkan gerakan memburu gol meskipun mempunyai beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol. Tuan rumah tidak berminat untuk menyerang dan hanya sekali sekala sahaja mereka ke kubu Vietnam apabila berpeluang. 


Lagi



Percubaan daripada pemain Vietnam dari luar kotak sudah menewaskan penjaga gol Singapura namun tiang gol menjadi penyelamat buat pasukan tuan rumah. 

Kedudukan terikat tanpa jaringan ini menyaksikan Vietnam terus berada di puncak kumpulan B dan Singapura menaiki satu tangga berada di belakang mereka.

Malaysia pula terpaksa turun ke tangga ketiga dan perlawanan terakhir nanti pada 3 Januari 2023 ini adalah perlawanan sangat penting buat Harimau Malaya apabila akan menerima kunjungan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. 

Harimau Malaya wajib menang jika berhasrat ingin ke separuh kerana selain kemenangan akan membuatkan anak buah Kim Pan-gon berputih mata. 

Vietnam pula dijangka tiada sebarang masalah untuk mencatat kemenangan ke atas Myanmar dalam perlawanan terakhir nanti. - KitaReporters



15
14
0
9
0
You will be interested