Seni & Sukan 05 Jul, 2025

Video| Hampiri sasaran RM60j! Ejen Ali 2 mendonia! Serbu bioskop Indonesia! Mampukah saingi Jumbo?

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

.


Filem animasi ‘Ejen Ali The Movie 2’ (EATM2) pada bila-bila masa akan mencecah kutipan tiket RM60 juta seperti sasaran asal penerbitnya, WAU Animation dan rakan kongsinya Primeworks Studios. Memasuki 39 hari tayangan ‘EATM2’ telah mencapai kutipan tiket RM59.3 juta.

Dan ‘EATM2’ masih ditayang di sejumlah pawagam agar kutipan RM60 juta mampu diperoleh pada Ahad 6 Julai 2025 atau paling lewat pada Ahad, 13 Julai 2025.



‘EATM2’ masih mendapat sambutan ketika sebahagian pawagam mula mengurang atau memberhentikan tayangan mulai Khamis, 26 Jun 2025 bagi membolehkan ‘saingannya’ filem animasi Indonesia ‘Jumbo’ pula ditayangkan.

Ini membuktikan ‘EATM2’ mampu mencipta fenomena tersendiri dalam industri filem Malaysia setelah menjadi filem animasi tempatan paling tinggi kutipannya. 

Kini ‘EATM2’ menerjah pasaran luar negara. Setelah Brunei Darussalam dan Singapura, ‘EATM2’ kini ‘menyerang’ pasaran Indonesia yang punya sekitar 2,500 skrin pawagam (layar bioskop) untuk  kira-kira 285 juta penduduk di 38 wilayah (provinsi).



Orang ramai menonton 'EATM2' salam sebuah pawagam di Jakarta


Filem ‘Sheriff: Narko Integriti’ pada tahun 2024 berjaya ditayang kira-kira 100 pawagam di Indonesia namun kurang sambutan kerana kurang promosi di pihak Indonesia.

Sementara bagi ‘EATM2’, ia ditayang selepas filem animasi Indonesia ‘Jumbo’ meledak di pasaran Indonesia.




Pada awalnya pihak Indonesia hanya memberi kebenaran ditayang di 70 pawagam. Namun setelah melihat publisiti dilaku oleh pihak WAU Animation, pihak pemilik pawagam di Indonesia setuju menambah jumlah pawagam untuk ‘EATM2’ kepada 240 buah.

Empat hari pertama ‘EATM2’ lebih 174  ribu orang telah menonton di pawagam. Ia merupakan satu kejayaan bagi WAU Animation yang turun padang membuat publisiti seminggu sebelum tayangan sebenar.




Sekumpulan tenaga penerbitan ‘EATM2’ termasuk pengarah. maskot Ejen Ali dan beberapa ‘peminjam suara’ berada di Jakarta seminggu sebelum tayangan sebenar di pawagam.

Selain membuat promosi jalanan di beberapa tempat di Jakarta, krew ‘EATM2’ turut hadir dan mengadakan promosi di sekitar Jakarta dan daerah sekitarnya.

Mereka turut padang ke beberapa pawagam di Jakarta dan sekitarnya dan mendapat publisi sejumlah media cetak dan elektronik serta beberapa laman sosial di Indonesia.



Antara promosi jalanan dilakukan untuk filem 'EATM2' di Jakarta


Selepas Indonesia, ‘EATM2’ akan menerjah beberapa negara lain di rantau ASEAN. Wau Animation juga bercadang untuk membawa ‘EATM2’ mendonia.

Kini ‘EATM2’ akan mendonia bersama ‘Jumbo’ dan tidak mustahil ‘EATM2’ akan mengatasi. Jika ia terjadi, ia akan menjadi kebanggaan negara tidak lama lagi. Sampai bila bahan seni dari Malaysia sentiasa dipandang rendah oleh pihak negara seberang.

Filem animasi ‘Jumbo’ kini menjadi filem dengan kutipan tertinggi di Indonesia. Mula ditayang pada 31 Mac 2025, ‘Jumbo’ sebanyak 10 juta tiket terjual menjadikan ia berjaya memberi hasil Rp360-380 milyar (kira-kira RM120 - RM150 juta) kepada penerbitnya. - KitaReporters

15
10
0
17
0
You will be interested