Seni & Sukan 29 Nov, 2022

Video| Piala Dunia 2022: Brazil mara ke pusingan kalah mati lebih awal! Tundukkan Switzerland 1-0!

@mohd amirul fazli zulkafli
Pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Kemenangan tipis dalam perlawanan kedua membolehkan Brazil mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya selepas menewaskan Switzerland 1-0 dalam kumpulan G Piala Dunia 2022 pada 29 November 2022. 

Jaringan tunggal Casemiro pada minit ke-83 sudah cukup untuk membantu Brazil terus kekal di kedudukan teratas dalam kumpulan sementara Switzerland pula masih kekal tangga kedua. 

Biarpun Brazil sudah mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir lebih awal, peluang tetap terbuka buat pasukan lain namun mereka harus menang dan pasukan yang tewas harus melupakan edisi Piala Dunia kali ini. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia


Dalam perlawanan tersebut, Brazil yang terkenal dengan gaya permainan tiki-taka seperti biasa mengawal permainan sepanjang perlawanan namun barisan pertahanan lawan mereka juga beraksi dengan baik bagi menghalang pemain Brazil menembusi mereka. 

Beberapa gerakan cantik dari kedua-dua pasukan juga masih gagal mendapatkan jaringan sehinggalah pertukaran pemain dilakukan, gaya permainan juga mula berubah. 

Pujian harus diberikan kepada penjaga gol Switzerland, Yann Sommer yang beraksi cemerlang sepanjang permainan dan berjaya menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada pemain Brazil. 

Perlawanan terakhir akan berlangsung pada 3 Disember 2022 ini untuk menentukan pasukan mana yang akan layak. - KitaReporters


17
13
0
16
0
You will be interested