Seni & Sukan 28 Nov, 2022

Video| Tepati ramalan! Jaclyn Victor juara GV9! Bob Yusof buat kejutan! Atasi Shila Amzah dan Tomok!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Dari kiri, Tomok, Shila, Jac dan Bob menunjukkan hadiah masing-masing


Jaclyn Victor atau Jac seperti diramal muncul sebagai juara program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Astro Ria yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam hari Ahad, 27 November 2022. 

Namun Bob Yusof membuat kejutan apabila berjaya menjadi naib juara menewaskan dua lagi peserta favourite iaitu Shila Amzah dan Tomok.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan program Gegar Vaganza

Jac (juara) mengadakan persembahan bersama kumpulan VE (tempat keempat)



Jac memperlihat keunggulannya dengan berjaya meninggal jauh peserta lain. Jac berjaya mengumpul 85.86 markah. 

Empat peserta lain hanya mengumpul sekitar 70-an markah. Sementara peserta kedudukan terakhir Hazrul Nizam hanya mampu memperoleh 69.75 markah.


Bob Yusof sebagai naib juara GV9



Bob Yusof di tempat kedua tertinggal 9.75 markah berbanding Jac dengan memperoleh 76.28 markah.

Shila Amzah yang sebelum ini diramal akan memberi saingan sengit kepada Jac cuma berjaya menduduki tangga ketiga dengan memperoleh 76.02 markah.

Bob menyampaikan persembahan dengan tenang dan penuh yakin dan ia menarik perhatian juri undangan, Datuk Edry Halim (KRU).

Shila Amzah mendapat tempat ketiga


Sementara Tomok yang memberi gaya persembahan baik, namun kurang baik kawalan vokalnya hanya mampu menduduki tempat keempat dengan 75.3 markah.  

Sementara peserta Singapura, Hazrul Nizam yang memberi persembahan konsisten dalam persembahan mingguan sebelum ini, gagal memikat hati juri dalam saingan terakhir hingga menjadi peserta memiliki markah terendah, 69.75.

Pertandingan diadili juri tetap Datuk Ramli M.S (ketua), Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat. Datuk Edry KRU menjadi juri jemputan. 


Tomok di tangga keempat


Hazrul Nizam di tangga keenam


Juara GV9 selain menerima wang tunai RM100,00 turut menerima hadiah tambahan pakej percutian ke Paris, Perancis.

Naib juara selain menerima wang tunai RM50,000 turut menerima pakej percutian ke Dubai, Abu Dhabi.

Tempat ketiga selain wang tunai RM30,000 turut menerima pakej percutian ke Seoul, Korea Selatan.

Tempat keempat menerima wang tunai RM20,000 dan pakej percutiaan ke Chiang Mai, Thailand, tempat kelima menerima RM15,000 dan pakej pelancongan ke Hanoi, Vietnam dan tempat keenam menerima RM10,000 dan pakej pelancongan ke Jakarta, Indonesia. 

Setiap peserta turut menerima trofi iringan.


Jaclyn Victor juara GV9.


Jaclyn Victor turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Next Level Digi membawa RM5,000 dan anugerah Bintang Memukau Adabi yang membawa wang tunai RM2,000 serta produk Adabi bernilai RM500. 

Bob Yusof pula penerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak.

Bagi acara selingan, auditorium digegarkan dengan irama dangdut  melalui persembahan bertenaga Ramlah Ram dan Amelina. - KitaReporters



Berikut ialah kedudukan markah peserta akhir Gegar Vaganza 9 :

01   Jaclyn Victor          85.86

02   Bob Yusof              76.28

03   Shila Amzah          76.02

04   Tomok                   75.83

05   Kumpulan VE       72.39

06   Hazrul Rahman    69.75


13
9
0
9
0
You will be interested