Seni & Sukan 25 Feb, 2023

Video| Perut nampak besar! Buncit bukan hamil! Sebab makan nasi! Usah tuduh bukan-bukan! - Nad Zainal

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Nad Zainal dan Ungku Ismail berkahwin pada 23 Januari 2023

Buncit bukan mengandung tetapi sebab makan nasi. Jangan buat tuduhan bukan-bukan!!

Itulah jawapan pelakon Nad Zainal, 32, bagi menjawab pertanyaan ramai peminatnya yang menyangka dia berbadan dua gara-gara penampakan bentuk perutnya yang membesar dalam sebuah video.

Dalam video ulasan produk yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya, kelihatan bentuk perut pemilik nama lengkap Farah Nadia Zainal Abidin ini  membesar seperti wanita mengandung. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Nad Zainal


Perkongsian tersebut meraih perhatian ramai kerana ada peminat terkejut jika benar dia kini berbadan dua kerana usia perkahwinannya dengan suami, aktor Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz, 37, masih baharu iaitu baru kira-kira sebulan. 

Bagi  memberi penjelasan, pelakon drama ‘Cina Buta’ ini, dia menyatakan tidak hamil dan keadaan perutnya membesar kerana buncit sebab banyak makan nasi.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat wanita memahami keadaan dialami Nad kerana pelakon itu sendiri sudah pernah melahirkan anak sebanyak dua kali.

Bahkan ada juga yang meminta semua pihak berhati-hati sebelum menegur fizikal seseorang kerana hanya golongan ibu yang pernah melahirkan faham bagaimana sukarnya menurunkan berat badan.

“Hati-hati komen. Mak-mak yang ada anak saja faham. Lagi-lagi kalau mak-mak yang bersalin secara pembedahan. Bukan mudah ya nak kempiskan perut itu,” komen seorang pengguna Instagram. 

Nad mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail pada 23 Januari 2023, namun hanya menghebahkan perkahwinan mereka kepada umum seminggu selepas itu. 

Dua pelakon ini mula rapat selepas terlibat dalam drama ‘Cina Buta’ untuk siaran Astro Ria.

Ketika itu, Nad sudah bercerai dengan Muhammad Faliq Amiruddin selepas mengesahkan perpisahan mereka sekitar September 2022 dan melahirkan dua zuriat iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom. - KitaReporters

6
13
0
10
0
You will be interested