Seni & Sukan 02 Mar, 2023

Mentega Terbang tidak wajar dibenarkan cabar akidah umat Islam! Panggil penerbit dan pengarah filem!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


KAMI berpandangan kontroversi filem ‘Mentega Terbang’ harus mengingatkan pihak berkuasa bahawa masih ada pihak yang mahu mencetuskan polemik yang boleh mencetuskan konflik antara agama di negara ini.

Walaupun filem tersebut sudah tiada dalam platform VIU Malaysia, namun filem itu sudah cukup menyerlahkan pemikiran yang keliru dan mempersoal pegangan akidah masyarakat Islam yang sangat sensitif dengan isu agama.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tayangan filem-filem



‘Mentega Terbang’ menceritakan tentang seorang perempuan bernama Aisyah yang mencari jawapan apa yang akan terjadi kepada seseorang setelah dia meninggal dunia.

Kami mendapati melalui filem tersebut, pemikiran yang mahu diketengahkan ialah untuk meleburkan pegangan terhadap Islam yang berkaitan dengan akidah. Filem itu dengan sengaja memasukkan jalan cerita yang membawa faham pluralisme beragama iaitu semua agama adalah sama.

Kontroversi yang tercetus jelas mencabar akidah umat Islam.

Mentega Terbang yang ditayangkan dalam VIU merupakan filem Indie pertama yang ditayangkan dalam platform itu bermula 19 Januari 2023 lalu.



Beberapa babak di dalam filem itu menimbulkan persoalan serius termasuk dialog seorang ayah yang membenarkan anaknya untuk menukar agama lain.

Kami menegaskan Malaysia adalah negara yang bertunjangkan Islam. Sebarang gugatan terhadap Islam akan diperhatikan dengan dekat oleh masyarakat Islam.

Sebarang polemik yang menyentuh soal agama tidak boleh dipandang ringan. Walaupun atas nama seni dan budaya serta bahan ilmiah, ia tetap perlu diberi perhatian serius. Kesucian agama Islam di negara ini tidak boleh dicabar sewenang-wenangnya atas nama kebebasan berpendapat.

Apatah lagi jika ia mendedahkan bahan sebegini rupa kepada anak muda. Anak muda amat mudah terpengaruh jika filem seperti itu ditonton oleh mempengaruhi generasi muda.

Kami menggesa pihak berkuasa memanggil penerbit dan pengarah filem tersebut supaya dapat menjelaskan implikasi filem itu kepada masyarakat Islam.

Walaupun filem tersebut pernah ditayangkan di Indonesia pada 2021 dan 2022, ia tidak boleh disamakan dengan persepsi di Malaysia.

Mereka perlu akur kepada dasar negara berkaitan dengan sensitiviti agama dan bagaimana filem tersebut boleh mencetuskan kemarahan umat Islam. - KitaReporters/Kenyataan Media


Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden MAPIM


7
7
0
15
0
You will be interested