RAMAI mengetahui bahawa personaliti Nabil Ahmad sudah melakukan penghijrahan bagi menjadi insan lebih baik.
Antara yang dilakukan oleh Nabil ialah mengadakan surau di rumahnya dan pergerakannya sebagai hos program bual bicara ‘MeleTOP’ di Astro Ria kini tersusun, tidak lagi gila-gila sebelumnya.
Pokoknya dia tetap berusaha mengingati Tuhan meskipun sedang melakukan kerja lain walaupun di mana dia berada.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelawak Nabil Ahmad
Baru-baru ini Nabil ditawar berkhidmat sebagai penyiar di radio Era FM. Nabil dilihat mengisi waktu terluang dengan mengaji dalam konti radio.
Perbuatan Nabil itu dirakam secara curi oleh rakan sekerjanya di Era FM, pelawak, Issey Fazlisham dan dimuat turun dalam TikToknya.
Menerusi perkongsian itu, Issey berkata, dia mahu melihat apa yang dilakukan oleh Nabil pada jam 7 pagi dalam konti.
Dilihat pengacara MeleTOP itu sedang leka mengaji dalam rakaman video yang diambil secara curi-curi itu.
Issey turut menyertakan kapsyen mengatakan itu sebabnya mengapa dia meminati Nabil kerana perjuangannya yang luar biasa.
/
Perkongsian Issey itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Nabil yang tahu mengagihkan masa untuk dunia dan akhirat.
Malah, ada yang mengatakan apa yang ditunjukkan oleh Nabil itu dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk sentiasa mengingati Allah walau di mana sahaja.
Para peminat juga ingin melihat perubahan gaya persembahannya ketika menjadi hos bersama program realiti ‘Gegar Vaganza’ musim 9 nanti setelah berhijrah.
Nabil menunai haji pada September 2015 melalui pakej mewah bagi mengisi satu kekosongan. Selepas bergelar haji, Nabil menjadikan 10 Ramadan terakhir setiap tahun untuk melakukan umrah, kecuali ketika pandemik Covid-19. - KitaReporters