BAGI memupukkan semangatkan cintakan negara dan setiakawan serta tak lupa aspirasi Keluarga Malaysia, Sekolah Kebangsaan Pintas Raya (SKPR), Parit Raja, Batu Pahat, Johor menganjurkan Kayuhan Merdeka SPIRA sejauh 15 kilometer membabitkan murid tahun tiga hingga enam pada 30 Ogos 2022 lalu.
Kira-kira 95 murid terbabit mengayuh basikal yang dihiasi indah Jalur Gemilang melalui beberapa jalan kampung seperti Kampung Parit Sameon, Parit Ros dan Parit Jelutong sambil melaungkan teriakan merdeka serta sekali gus menarik perhatian penduduk.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan sambutan kemerdekaan
Guru, murid dan ibu bapa merakam kenangan selepas menyertai Kayuhan Merdeka SPIRA.
Penyelaras program berkenaan,
Guru Penolong Kanan (GPK) Kokurikulum, Habibah Nazzarudin, berkata kayuhan itu turut membabitkan beberapa ibu bapa yang turut bersemangat menyertai
anak mereka dengan mengayuh basikal bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-65.
Menurutnya, bertujuan membangkitkan semangat kemerdekaan dalam kalangan murid kerana melalui aktiviti berbasikal, ia mampu menyatupadukan semua mereka tanpa mengira bangsa dan agama bagi sama-sama menghayati hari bersejarah itu serta menyemai matlamat aspirasi Keluarga Malaysia.
Cikgu Azman Salip bersama murid SKPR pertandyang menyertai Kayuhan Merdeka SPIRA pada 30 Ogos 2022 lalu.
Guru Besar SKPR, Yuasmadi Selamat melepaskan peserta Kayuhan Merdeka SPIRA.
Selain itu, kata beliau, ia Juga dapat mengeratkan hubungan sesama pelajar serta mewujudkan semangat kesukanan, selain melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas dengan aktiviti bermanfaat iaitu mengayuh basikal.
“Kayuhan yang diketuai Cikgu
Azman Salip ini diharap secara tidak langsung menyuntik kembali semangat murid
dalam meluahkan semangat cintakan negara dan memahami erti kemerdekaan
sebenar,” katanya.
Program kayuhan itu turut dimeriahkan lagi dengan pertandingan basikal berhias dan menjadi daya tarikan kepada semua murid bagi menyertai program berkenaan yang kali pertama diadakan. - KitaReporters
Bersemangat murid SKPR untuk memulakan Kayuhan Merdeka SPIRA yang diketuai Cikgu Azman Salip.
Pertandingan basikal berhias yang menjadi daya tarikan kepada murid SKPR.
Guru, murid dan ibu bapa SKPR melaungkan merdeka selepas selamat berbasikal dalam Kayuhan Merdeka SPIRA pada 30 Ogos 2022.