Seni & Sukan 04 Sep, 2022

Liga Super 2022: Selangor peroleh 1 mata berharga! Seri 1-1 dengan JDT! Namun JDT kekal pendahulu!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


SELANGOR FC berjaya menyekat deretan kemenangan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC selepas mengikat dengan keputusan seri 1-1 dalam saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi, 3 September 2022.

JDT yang turun dengan misi untuk menjarakkan kedudukan dari Sabah FC bermula garang dengan membuka jaringan pertama pada minit ke-29 selepas Bergson da Silva mudah menyempurnakan sepakan penalti. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan Selangor FC


JDT cuba menambah jaringan namum barisan pertahanan Selangor dilihat lebih bersedia dalam menerima asakan daripada pemain JDT. 

Selangor yang sekali sekala mengatur serangan akhirnya memperoleh jaringan penyamaan menerusi Herlison Caion pada minit ke-64 selepas berjaya memperdaya penjaga gol JDT. 

Kemasukan beberapa pemain gantian dilihat membantu bahagian serangan pasukan JDT dan Selangor.  

Kedua-dua pasukan cuba menambah jaringan namum barisan pertahanan masing-masing berkerja keras bagi menafikan sebarang jaringan. 

Biarpun keputusan seri, JDT masih selesa mendahului carta liga. - KitaReporters


16
12
0
10
0
You will be interested