Seni & Sukan 08 Aug, 2022

Video| Komanwel Birmingham 2022: Ng Tze Yong raih perak badminton! Bukti pemain berpotensi besar!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


HASRAT pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong untuk menutup mimpi indah beliau pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 tidak tercapai apabila terpaksa akur selepas tewas dalam set penentuan kepada lawan dari India, Lakhsya Sen dalam acara perseorangan badminton.

Biarpun sekadar meraih pingat perak, pujian tetap perlu diberikan kepada Tze Yong yang tidak diletakkan harapan tinggi untuk menangi pingat, namun beliau berjaya membuktikan bahawa dirinya sememangnya yang terbaik sehingga berjaya ke perlawanan akhir.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sukan Komanwel

Kredit foto: Twitter @theone_xyz


Pada set pertama, Tze Yong mempamerkan aksi yang bertenaga apabila berjaya mencatat kemenangan 21-19 ke atas Sen. 

Namun pada set kedua, Tze Yong tidak dapat meneruskan prestasi cemerlang pada set pertama dan beliau mula melakukan kesilapan sehingga membolehkan Sen mengutip mata demi mata menyebabkan beliau jauh ketinggalan dan terpaksa akur dengan kekalahan mudah 9-21 kepada lawannya itu. 

Dalam set penentuan, kepenatan mula menguasai diri Tze Yong sehingga memberi mata mudah kepada Sen untuk menjarakkan kedudukan dan akhirnya Sen berjaya meraih kemenangan 21-16.



Biarpun keputusan tidak memihak kepada wakil negara ini tetapi ia tetap satu pencapaian yang sangat membanggakan apabila beliau berjaya menyingkirkan pemain yang berada di kedudukan lebih tinggi.

Tze Yong berjaya menyingkirkan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew yang berada di kedudukan ke-9 dunia pada suku akhir dan Srikanth Kidambi yang berada di kedudukan ke-13 dunia pada separuh akhir. 

Kita mengharapkan atlet berusia 22 tahun ini mampu meneruskan prestasi cemerlang beliau pada kejohanan seterusnya kerana beliau dilihat mampu menjadi terbaik dan berada di kedudukan terbaik dunia seperti pemain utama perseorangan negara, Lee Zii Jia. - KitaReporters


 

8
13
0
8
0
You will be interested