Seni & Sukan 05 Aug, 2022

Bonnie Bunyau tebus kekecewaan 2018! Cipta rekod Sukan Komanwel! Sumbang emas keempat Malaysia!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Bonnie Bunyau (tengah) terus mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara dalam acara powerlifting bagi kategori 72 kilogram (kg) dengan mengalahkan Mark Swan dari England yang menduduki tempat kedua (perak) dan tempat ketiga (gangsa) pula dimenangi peserta dari Nigeria, Nnamdi Innocent. - Kredit foto: Bernama


Pengerusi Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dan Chef De Mission (CDM) Kontinjen Malaysia Dato’ Shahrul Zaman Yahya  menunjukkan isyarat 'bagus' bersama pemenang pingat emas keempat Malaysia Bonnie Bunyau Gustin bagi acara powerlifting kategori 72 kilogram (kg) di Pusat Pameran Nasional (NEC) pada Sukan Komanwel 2022, Birmingham, England pada 4 Ogos 2022. - Foto kredit MOM.


PEMBAWA Jalur Gemilang kontinjen Malaysia, Bonnie Bunyau anak Gustin menepati ramalan apabila beliau memenangi pingat emas dalam acara sukan powerlifting  setelah berjaya melakukan angkatan seberat 220 kilogram (kg) di Sukan Komanwel 2022, Birmingham, England pada 4 Ogos 2022.

Beliau yang digelar ‘Badang Sarawak’ berjaya mengalahkan pesaing tuan rumah Mark Swan yang memenangi pingat perak dengan angkatan seberat 202 kg dan tempat ketiga (gangsa) dimenangi peserta dari Nigeria, Nnamdi Innocent dengan angkatan 190 kg.

Bonnie bukan sahaja menghadiahkan pingat emas keempat buat negara tetapi turut mencipta rekod baharu (220 kg) temasya sukan tersebut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sukan Komanwel


Bonnie Bunyau Gustin sedang melakukan angkatan seberat 220 kilogram (kg) di Pusat Pameran Nasional (NEC) pada Sukan Komanwel 2022, Birmingham, England. - Kredit foto: MOM


LAMBAIAN EMAS daripada Bonnie Bunyau Gustin kepada penyokong-penyokongnya selepas melakukan  angkatan seberat 220 kilogram (kg) di Pusat Pameran Nasional (NEC) pada Sukan Komanwel 2022, Birmingham, England. - Kredit foto: MOM


Kemenangan bergaya beliau, sekali gus dapat menebus kekecewaannya ketika menyertai buat pertama kali di Sukan Komanwel 2018, Gold Coast, Australia. Dia hanya berjaya menduduki tempat keempat sehingga membuatkan beliau hampir berputus asa ketika itu. 

Pemuda yang berusia 23 tahun ini mencuri tumpuan ramai apabila disenaraikan antara atlet para lelaki terbaik 2021 oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC).

Rentetan kecemerlangan atlet bersaiz kerdil itu menyinar di pentas antarabangsa apabila berjaya mencipta rekod dunia apabila melakukan angkatan seberat 230 kg pada Piala Dunia Powerlifting Para ke-11 di Dubai.

Terdahulu, Bonnie juga turut melakar kejayaan bergelar juara dunia dua kali berturut di Kazakhstan pada tahun 2019 dan Georgia 2021. - KitaReporters



REKOD KEMENANGAN sah menjadi milik Bonnie Bunyau ketika dipamerkan pada skrin utama dengan keputusan 210, 216 dan 220 kilogram (kg) di Pusat Pameran Nasional (NEC) pada Sukan Komanwel 2022, Birmingham, England. - Foto kredit MOM.


Sumber:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/sports/2022/08/05/history-maker-bonnie-wins-gold-no-4-for-malaysia/

https://www.facebook.com/search/top?q=bonnie%20bunyau

 

18
11
0
15
0
You will be interested

Video| Bawa motor sambil bersila? Niat Paknil beri nasihat! Tapi dibidas netizen! Namun ada sokong!

Aznil Nawawi Paknil video tular motosikal skuter bersila penunggang menunggang motor beri pengajaran dibidas disokong nasihat kemalangan jalan raya berhemah

Video| Bekas peserta Vokal Mania jual kopi sambil nyanyi! Qiem Churros tak kisah hiburkan pelanggan!

Qiem Churros Muhammad Aidi Hakim penyanyi Vokal Mania 2020 Bakat RTM 2024 penjual minuman air kopi Kopi Tiktoker pengusaha usahawan Kemaman menyanyi kabin
Zul Akmar Jamaludin in Seni & Sukan 3 days ago

Video| Tak Sempurna tampilkan sisi berbeza Aril Pilus! Kembalikan kenangan muzik EDM, tarian shuffle!

Aril Pilus pelakon penyanyi pengacara penyampai radio hiburan single lagu Tak Sempurna EDM electronic dance music tarian shuffle Rocketfuel Entertainment
Fariza Saidin in Seni & Sukan 3 days ago

Video| Zaiton Sameon seorang yang kelakar? Berdekah ketawa! Pendedahan temu bual dengan stesen radio!

Dalam temu bual untuk Borak Selebriti, Zaiton Sameon bercerita mengenai lagu Menaruh Harapan dan kemalangan ngeri yang menimpanya.
Zul Akmar Jamaludin in Seni & Sukan 1 week ago