Seni & Sukan 04 Nov, 2024

Video| Mana peminat teater? Teater Alang Rentak Seribu! Pementasan di JKKN Perak! 8 dan 9 Nov 2024!

@ani bin awang
Bekas wartawan Utusan Malaysia dan mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam media. Pernah bertugas di Berita Harian dan Harian Watan. Emel: [email protected]

Share this


Khalayak peminat teater di negeri ini berpeluang menyaksikan pratonton teater Alang Rentak Seribu yang akan dipentaskan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak pada pukul 8.30 malam pada Isnin, 4 November 2024 ini.

Manakala pementasan penuh akan diadakan selama dua hari sahaja pada 8 dan 9 November 2024, pukul 8.30 malam juga. 

Teater Agung karya Seniman Negara, Dato' Syed Alwi Syed Hasan itu diarahkan dan diolah oleh pengarah Ard Omar.

Ia bakal menampilkan beberapa pelakon yang tidak asing seperti Azizah Mahzan, Nesa Idrus, Faha Azhar, Pak Chu (Raja Lawak), Rosli Rahman Adam dan Faris Jamhari.



Menurut Ard Omar, beliau diberikan kepercayaan oleh JKKN dan Majlis Kebudayaan Negeri Perak (MKN) untuk mengarahkan teater ini.

“Saya akan tampil beberapa kelainan bagi naskhah yang berat ini.

"Ia sesuai dipentaskan di khalayak di negeri ini kerana teater ini begitu sesuai dan dekat dengan masyarakat,” katanya ketika dihubungi.

Alang Rentak Seribu mengisahkan tentang Alang seorang pemuda kampung yang memiliki banyak kebolehan dan bijak mengawal segala permasalahan yang timbul.

Kisah bermula apabila sekumpulan rombongan dari Filem Negara datang ke kampung untuk tujuan penggambaran filem yang mengisahkan kehidupan di kampung pada ketika itu.

Pelbagai kejadian berlaku disebabkan pertembungan nilai dan pendapat antara penduduk kampung dan juga krew filem yang datang dari Kuala Lumpur.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Nor Fairus Alias menerusi talian 013-9939091. - KitaReporters


10
12
0
13
0
You will be interested