Seni & Sukan 24 Jun, 2024

Program lapah daging korban! Astro Radio bersama Siti Khadijah! Libatkan Era, Gegar, Zayan dan Sinar!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Astro Radio menganjurkan program ‘Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah’ pada 19 Jun 2024 dengan penglibatan empat (4) stesen radio popular termasuk Era, Zayan, Gegar dan Sinar di Laman Khadijah, Nilai, Negeri Sembilan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini (2024).

Program ini yang julung kali dilakukan dengan kerjasama syarikat jenama Siti Khadijah, bertujuan untuk mengimarahkan ibadah korban pada tahun ini sekaligus merapatkan silaturahim antara kedua-dua jenama. 

Penglibatan Era, Zayan, Gegar dan Sinar dalam program ini termasuk membuat siaran secara langsung luar konti bermula jam 6 pagi di Laman Khadijah, serta sebagai sukarelawan dalam proses melapah daging korban.



‘Lapah Astro Radio Bersama Siti Khadijah’ disertai penyampai radio pagi daripada Era, Zayan, Gegar dan Sinar termasuk Nabil, Azad, Radin (ra); Jep, Rahim, Angah (Sinar); Issey, Fizie (Gegar); Mawi, Anas (Zayan), serta personaliti-personaliti radio lain daripada Astro Radio. 

Ibadah Korban ini melibatkan proses penyembelihan sebanyak 5 ekor lembu, dan daging korban diagihkan kepada kakitangan daripada Astro Radio, Siti Khadijah, golongan asnaf yang memerlukan dan masyarakat setempat.  

Program ini turut disertai lebih daripada 100 sukarelawan termasuk kakitangan Astro Radio, kakitangan Siti Khadijah, serta wakil daripada Masjid Abu Al-Darda’ Nilai Impian bagi memberkati perayaan raya korban ini dan merapatkan ukhuwah sesama masyarakat setempat. - KitaReporters/Kenyataan Media


11
7
0
16
0
You will be interested