Seni & Sukan 18 Nov, 2025

Video| Elite on! Jayakan konsert GenKRU The Finale! Norman berjaya pujuk Linda kembali sertai Elite!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Dalam teknologi yang semakin canggih, perbuatan mengata atau menghina boleh dilaku di hujung jari dengan aplikasi telefon bimbit atau kemudahan Internet. Ia membuat ada pihak tidak dapat menerima kritikan melampau atau tahap penghinaan.



Antara insan seni yang begitu terasa ‘dihina oleh sesetengah individu' ialah salah seorang kumpulan Elite iaitu Linda Rafar atau Linda Elite atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 47.  

Linda begitu terasa dan mengalami kegelisahan (anxiety) dan sedih dengan kritikan yang mendakwa dia ‘menunggang agama’ dengan pakaian ketatnya dikritik dan turut dilaku oleh orang yang dihormati.



Linda mula dikritik ketika menghadiri sidang media untuk konsert Elite Live ’25 dan ketika konsert itu berlangsung pada Sabtu, 20 September 2025, di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) bagi meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan kumpulan Elite.



Kerana tidak tahan menerima ‘penghinaan’ itu, Linda mengambil keputusan keluar daripada kumpulan Elite dan tidak akan menyertai konsert GenKRU The Finale: One More Time di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Sabtu, 22 November 2025 ini.
Linda yang merupakan isteri kepada pelakon Syed Azman mengumum pengundurannya dalam aplikasi Threads pada 29 Oktober 2025.


Pengumuman Linda bukan sahaja mengejutkan anggota Elite yang lain, malah kumpulan KRU.

Namun ketua kumpulan KRU, Datuk Norman Abdul Halim selaku anggota tertua menggunakan kebijakansanaannya memujuk Linda agar tidak mengundur diri daripada Elite.

Mengenali Norman lebih 20 tahun iaitu ketika dia masih berusia 19 tahun dan menghormatinya sebagai Abang Long membuat hati Linda luluh dengan pujukan Norman.

Ia berita mengembirakan bagi KRU. Norman terus memaparkan berita gembira itu dalam Instagramnya dan disambut baik oleh sejumlah pengikut IG-nya.




Menurut Norman, Elite akan memberi persembahan terbaik dan meninggalkan kenangan kepada penonton dalam konsert GenKRU The Finale: One More Time nanti.  

Kemunculan semua anggota Elite iaitu Abby Abadi, Azza Zawari, Sasha Saidin, Linda Rafar dan Watie Sadali akan membantu memeriahkan konsert itu nanti.



Sementara itu, bagi Elite juga diharap terus bersatu dan sesekali mengadakan persembahan atau konsert. 

Atas faktor usia Elite dan ada yang sudah ‘berhijrah’ tidak akan mampu membuat persembahan seligat ketika remaja, namun masih tetap mampu memberi persembahan sebagai ‘artis legenda’ dan itulah yang diingini para peminat kumpulan itu.

Elite merupakan kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang ditubuhkan oleh KRU Records pada tahun 1995. 

Kumpulan ini diiktiraf sebagai kumpulan penyanyi wanita paling lama bertahan di Malaysia dan telah menjual lebih daripada 100,000 unit album sepanjang 10 tahun aktif dalam industri muzik Malaysia. Elite mempunyai tiga album studio iaitu ‘Catwalk’ (1996), ‘Tamparan’ (1998) dan ‘Idola’ (1999). - KitaReporters


Kumpulan Elite: (dari kiri) Shasha, Linda, Abby, Watie Dan Azza

19
11
0
11
0
You will be interested