Seni & Sukan 19 Dec, 2025

Bicara Seni| Tambah baik ABPBH! Pamerkan jumlah undi! Adakan kategori artis veteran! Hadiah kereta!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) adalah satu-satunya anugerah untuk mencari insan seni yang popular yang dianjur oleh pihak media perdana di negara ini.
Sejak mula dianjurkan pada 1987, ABPBH mengalami beberapa perubahan pada setiap kali penganjurannya. Antaranya jumlah kategori yang dipertanding ditambah. Dan cara pengundian juga bertukar.




Ketika beberapa tahun awal penganjurannya borang disediakan di dalam akhbar Berita Harian sahaja. 

Dan untuk membuka surat yang mengandungi borang, pihak penganjur perlu menggunakan sejumlah pekerja sambilan untuk tujuan membuka surat dan membuat pengiraan.

Namun dalam beberapa tahun kebelakangan, cara pengundian dilaku secara maya. Orang ramai perlu membuat undian melalui laman web yang disedia dan membeli pakej tertentu.

Dan insan seni yang tercalon perlu memancing undi melalui laman sosial peribadi serta mengikuti kempen promosi pihak penganjur.


Walaupun ABPBH sudah mengalami beberapa perubahan namun ada kekurangan dan kelemahan. Ini menjadikan ABPBH dilihat kurang mencapai matlamat sebenarnya. 

ABPBH dilihat cuma dapat memberi publisiti berkesan kepada masyarakat untuk mencintai media itu sebagai sumber pelbagai bahan berita.



Pihak penganjur perlu telus dalam pemilihan pemenang. 

Memang langkah terpuji dalam ABPBH KE-37 pemilihan awal calon seramai 10 orang disenarai pendek kepada 5 orang ke pemilihan terakhir untuk memudahkan membuat pemilihan,

Namun ketelusan dalam pemilihan masih boleh dipertikai. Sepatutnya pada setiap kategori perlu dipapar jumlah sebenar undian yang diterima setiap peserta. 

Ia boleh dilakukan dengan meletakkan jumlah undian ketika pengumuman pemenang dibuat. Atau boleh dibuat secara ’crawling’.  

Ia hanya perlu masa kurang daripada seminit bagi setiap kategori ketika pengumuman sesuatu anugerah dibuat. Dan keesokan harinya jumlah undian peserta setiap kategori dipapar di dalam akhbar.  

Selain orang ramai, para calon yang bertanding juga ingin mengetahui sejauh mana populariti mereka dan berapa jauh perbezaan undian dengan pemenang utama. 






Dan bagi memastikan ABPBH benar-benar dihargai, hadiah utama iaitu ‘Bintang Paling Popular’ perlulah berbaloi. 

Selain hadiah wang tunai RM30,000 perlu diberi hadiah lain yang berharga iaitu kereta bernilai lebih RM150.000. 

Selama ini pemberian hadiah kereta bagi pemenang kategori ini tidak konsisten. Ada tahun pemenangnya diberi kereta dan ada tahunnya pemenangnya cuma mendapat trofi.  

Sebagai syarikat besar, pihak penganjur tidak mempunyai banyak masalah untuk mendapat penaja daripada syarikat kenderaan tertentu.

Jumlah kategori hadiah juga perlu ditambah, jangan semuanya melibatkan insan seni golongan muda. Perlu ada kategori ‘Artis Veteran Popular’ untuk kategori bidang muzik dan lakonan.

Pihak penganjur boleh melakukan sejumlah perubahan format pertandingan mulai ABPBH 38 bagi menjadikan ia pertandingan mencari bintang hiburan popular tanah air yang dihormati dan dikagumi. - KitaReporters

 

10
17
0
13
0
You will be interested