Seni & Sukan 25 Dec, 2025

Miss Kebaya Malaysia terus gah, melangkah gagah! Perkenal Kebaya Sunday Malaysia sempena TMM 2026!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai Stringer Berita Harian, Wartawan Berita Harian, Penyunting Harian Metro, Group Editor Majalah IBUBAPA. Emel: [email protected]

Share this

"SOSOK" kebaya Malaysia yang diiktiraf sebagai warisan dunia akan menjadi pakaian lambang rasmi negara apabila Kebaya Sunday Malaysia (Kebaya Ahad Malaysia) diperkenal sebagai acara mingguan sepanjang kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) ) pada 2026.


 


Acara itu akan menggalakkan wanita atau tetamu negara menggayakan pakaian tradisional di rantau ASEAN itu pada setiap kali program bertemu santai dan aktiviti promosi Kebaya Sunday Malaysia yang akan mula dilancarkan pada 4 Januari 2026 ini.

Bayangkan orang luar melihat sekilas pandang wanita ASEAN berkebaya yang memiliki ukuran pinggang "sekecil saiz pinggang kerengga",  jalannya lenggang lenggok umpama itik pulang petang, rambut yang panjang mengurai, memakai kebaya Kota Bharu. 

Sudah tentulah memikat hati terutama bagi orang yang tidak pernah merasakan betapa kayanya budaya Asia Tenggara.


Dr Jason Hee Jee Pin


Kecantikan semula jadi yang menjadi tarikan pelancong tentang keindahan dan kepelbagaian budaya serta adab resam kaum Melayu, Cina, India, Thailand, Filipina dan Brunei yang lebih kurang sama saja amalan di rantau ini.

Malaysia mahu berusaha menarik 26.1 juta pelancong melawat negara ini pada 2026 dan singgah di rantau ASEAN yang lain dengan menjana pendapatan RM97.6 bilion dan bagi mencapai matlamat itu, kerajaan menyediakan lebih RM350 juta untuk melakukan promosi pelancongan. 

Yakin dengan kemampuan negara menjadi pusat tumpuan pelancong sebabnya kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah terbaik Kepengerusian ASEAN pada 2025.

Pengasas dan Presiden Penganjur MMK, Dr Jason Hee Jee Pin, berkata acara kebudayaan anjuran Miss Kebaya Malaysia (Ratu Kebaya Malaysia atau MMK) 3.0 bukan saja bersempena TMM 2026 tetapi juga meraikan Diplomasi Pertukaran Budaya Fesyen Tradisional ASEAN (ACFX) dan pelancaran tidak rasmi EquanCity oleh MMK itu.



Kejayaan menjadikan MMK 3.0 itu secara berterusan sebagai lambang rasmi negara berikutan kejayaan MMK 2.0 yang diiktiraf oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) untuk menjadikan pakaian kebaya itu sebagai satu Warisan Dunia (World Heritage) pada 4 Disember 2024 hasil pencalonan lima negara - Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Thailand.

Pengiktirafan itu diberikan ketika sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk Perlindungan Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO di Asuncion, Paraguay.

Pada 2024, Karnival Kebaya Malaysia turut mengadakan pencarian Miss World Kebaya dimenangi oleh Ariel Peiyu Yao dari China. 

Tahun ini (2025) pula, Miss Kebaya Malaysia akan dilancarkan di kompleks beli belah di Bukit Bintang sebagai pelancaran penggerak aktiviti kebudayaan sempena TMM 2026.

"Kita akan menganjurkan sekali seminggu - Kebaya Sunday - sebagai satu pentas mendidik masyarakat betapa hebatnya kebaya dalam kebudayaan tradisional negara dalam melahirkan jati diri warga kita. 

"Kebaya lambang pakaian wanita kita sebagai jenama negara ketika menghadiri acara antarabangsa. Sebab sejak hubungan diplomatik China -Melaka sebelum abad ke-15 lagi, kebaya dan Cheongsam sudah diiktiraf sebagai lambang negara," katanya.



Dr Jason berkata Kebaya Sunday Malaysia 2026 adalah penggerak untuk wanita mencintai semangat baharu dalam mengekalkan fesyen kebaya. 

Program berkumpul dan memperagakan pakaian itu diharap dapat dibuat, sekurang-kurang sekali seminggu, sebagaimana pengiktirafan batik oleh kakitangan kerajaan.

Lagi pun kebaya ini bukan milik orang Melayu tetapi juga masyarakat India, peranakan, Indonesia, Thailand dan Brunei. Eloklah kalau negara berkongsi satu budaya seumpun dan memperagakan pada dunia, hebatnya wanita ASEAN berketrampilan anggun dan sangat sopan.

""Malah bagi memastikan budaya kebaya ini diluaskan pasarannya, kita akan berkongsi idea dengan pekaan fesyen dari negara jiran termasuk Vietnam, Thailand, Indonesia dan tentu saja Filipina.

"Kita mahu mengetengahkan citarasa rekaan terkini termasuk gabungan rekaan melangkaui sempadan negara. 

"Indonesia dengan caranya, Filipina terkenal dengan lengan bajunya yang "terletak cantik", manakala Thailand penuh dengan seni kreatif tangan dan Malaysia yang sopan santun dan menarik ." kata Dr Jason.



Beliau menaruh harapan tinggi kepada masyarakat turut sama mengambil bahagian dalam setiap kempen menggayakan kebaya itu. 

MMK akan membantu dalam rakaman gambar kepada peserta yang memakai kebaya, bersama-sama muncul dengan pereka fesyen, ratu kebaya, peragawati (model), duta kebudayaan dan rangkaian bakat reka cipta fesyen dari industri, rakan kongsi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti kreatif termasuk institusi pengajian tinggi (IPT).  

"Kebaya Sunday Malaysia 2026 adalah cop mohor budaya Malaysia dan menjadi tanggungjawab kita semua berkongsi minat, rasa, kekalkan warisan dunia ASEAN yang kita harap satu hari nanti, bakal menjadi satu gerakan bersama dalam menjadikan warisan itu sebagai pakaian harian dalam kehidupan" katanya. 



Dr Jason yang sudah lebih 12 tahun mengusahkan kempen kebaya ini sebagai satu legenda yang terus dimekarkan seiring masa kemodenan negara yang mengangkat kebaya sebagai pakaian rasmi negara. 

"Kita memiliki etnik yang harmoni dan bayangkan bila ingatkan Malaysia, orang akan terbayang rupa paras wanita yang unik dan istimewa lagi bila wanita kekal langsing, cantik dan pintar menjaga kesihatan terutama bersaiz pinggang kerengga," jelasnya. - KitaReportes


12
16
0
12
0
You will be interested