Seni & Sukan 03 Oct, 2022

Liga Super 2022: Terengganu teruskan rentak kemenangan! Peluang bersaing Piala AFC kembali terbuka!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


TERENGGANU FC (TFC) meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Super 2022 dan jadikan Sabah mangsa terbaharu selepas mencatat kemenangan 2-0, sekali gus memberi sinar untuk merebut kembali slot ke Piala AFC

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 1 Oktober 2022 dilihat lebih memihak kepada tuan rumah dengan aksi penuh bertenaga. 

Tuan rumah lebih selesa dalam mengatur serangan pantas ke kubu lawan dengan hantaran pantas dan pendek. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pasukan Terengganu FC


Skuad kendalian Nafuzi Zain berjaya peroleh jaringan awal menerusi Pape Abdoulaye Diakite selepas menanduk masuk sepakan penjuru pada minit ke-7 berpunca dari sepakan penjuru. 

Pemain-pemain Terengganu terus menekan barisan pertahanan Sabah dan berjaya mencipta banyak peluang. Nik Sharif mengukuhkan kedudukan Sang Penyu untuk jaringan kedua pada minir ke-30. 

Dalam perlawanan ini, Sabah dilihat bergelut untuk mencari rentak permainan mereka dan mudah kehilangan bola. 

Terengganu berjaya mengekalkan jaringan yang terhasil pada separuh masa pertama itu sehingga tamat perlawanan. 

Kekalahan kedua berturut-turut skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee membuat persaingan untuk merebut kedudukan nombor dua dan tiga liga semakin menarik. 

Kemenangan Terengganu ini membolehkan mereka berada di kedudukan ketiga liga dan hanya dipisahkan satu mata di belakang Sabah

Sementara Negeri Sembilan berada di kedudukan keempat berkongsi mata sama dengan Terengganu, 35 mata. - KitaReporters


Kredit Foto : FB Terengganu FC 

11
13
0
14
0
You will be interested