PERKONGSIAN seorang gadis yang berniaga takoyaki dihina pelanggan yang mempertikai usahanya untuk berniaga mencari rezeki halal walaupun mempunyai kelulusan ijazah meraih perhatian orang ramai.
Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna media sosial bernama @singgahluu_kitchen, beliau memaklumkan seorang lelaki tua datang ke gerainya dan bertanya status pendidikan serta mempersoalkan tindakannya untuk berniaga setelah mengetahui gadis itu merupakan graduan atau siswazah berkelulusan ijazah.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usaha berniaga
“Sudah biasa dipandang rendah cuma hari ini mahu meluah,” ujarnya dalam ruangan kapsyen menerusi aplikasi TikTok.
Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai memberikan kata semangat kepada gadis itu serta ada yang berkongsi pengalaman mempunyai kelulusan tinggi namun memilih untuk berniaga bagi kelangsungan hidup.
“Kak Wan ada kelulusan master tetapi sekarang berniaga. Letak jawatan kerja pensyarah dan memilih untuk berniaga. Buat sahaja apa yang kita suka kerana rezeki Allah luas sangat,” kongsi @KakWann.
“Rezeki masing-masing awak, insya-Allah akan datang rezeki lebih baik, semoga dapat kerja yang lebih baik,” tulis @nurulwahyudi.
“Tidak mengapa kak rezeki ada di mana, semoga tabah kak,” jelas @marksayunk. - KitaReporters