Seni & Sukan 05 Oct, 2022

Video| Suara Jaclyn Victor terjejas! Alami sinus kronik! Akan jalani pembedahan segera selepas GV9!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

JACLYN Victor (Jac), 44, dikenali mempunyai suara lantang dan jelas

Namun kebelakangan ini kelihatan seperti ada yang menganggu suaranya. Perkara ini pernah disentuh oleh juri Gegar Vaganza ke-9 (GV9), Datuk Syafinaz Selamat.

Akhirnya Jac menjelaskan kepada media bahawa dia mengalami keadaan sinus kronik dan perlu menjalani pembedahan segera.

Jac atau Jacyln Joshuar Thanaraj Victor, mendedahkan mempunyai masalah saluran hidung bengkok yang memberi kesan kepada suara dan nyanyiannya.



Menurut Jac, sejak kebelakangan ini hidungnya menjadi terlalu sensitif kepada persekitaran

Setelah membuat pemeriksaan, doktor memberitahu hidungnya terlalu sensitif kepada persekitaran seperti asap rokok, vape, habuk dan tidak boleh sejuk.

Jac ditemui pada sidang media selepas minggu ketiga Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam hari Ahad 2 Oktober 2022.

Jac berjaya mara ke pusingan ke-4 dalam pertandingan GV9 itu.



Walaupun Jac mendapat tempat pertama pada minggu pertama, namun dia hanya berada di tempat kelima pada minggu ke-2 dan ke-3.

Pada minggu ke-3, Jac berjaya mengamatkan penonton apabila menyanyi dan menari dangdut ‘Perawan Atau Janda’. Ia merupakan pengalaman pertamanya menyanyi dan menari dangdut. 

Bagi minggu ke-4 yang bertajuk ‘Aman Di Mata, Damai Di Hati’ yang mengutarakan Iagu-lagu ketuhanan,

Jac bertuah apabila mendapat lagu Barat ‘You Raise. Me Up’ dendangan Secret Gardener. 

Jika Jac mampu membawa lagu itu dengan baik, dia mungkin akan mendapat kedudukan lebih tinggi.



Jac kini bergantung kepada ubat untuk mengawal sinusnya yang semakin memburuk.

Dia berharap dapat muncul dalam peringkat akhir dan memperoleh keputusan terbaik walaupun menyedari kesemua peserta mampu memberi kejutan.

Selepas GV9 berakhir, Jac akan cepat membuat temu janji untuk pembedahan hidungnya demi kelangsungan kariernya. - KitaReporters


15
10
0
14
0
You will be interested