Seni & Sukan 22 Sep, 2022

Video| Janna sangkal tayang punggung! Dah gambar diambil dari belakang! Jangan sensasikan gambar!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

BARU beberapa hari pelakon dan penyanyi Janna Nick bangga apabila sejumlah media menyiarkan berita dan gambar dia memiliki rumah mewah keduanya.

Namun kegembiraannya tercalar apabila sejumlah media menyiarkan berita yang boleh menjejaskan nama baiknya

Ia susulan tular perkongsian seorang pengguna TikTok yang memuat naik video memaparkan Janna (Nurul Jannah Muner), 27, sedang menoleh ke belakang dan melihatkan punggungnya lalu menimbulkan reaksi negatif daripada sejumlah netizen.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pelakon Janna Nick



Ia berikutan video yang diambil itu dikatakan menampakkan bentuk punggungnya sehingga mengundang komen berbaur lucah daripada sejumlah netizen.



Menerusi perkongsian dalam InstaStory, Janna terkilan dengan sikap sesetengah blogger yang sengaja menggunakan tajuk panas serta membuka ruang kepada netizen untuk mengecamnya

Dalam entri lain, Janna menjelaskan dia tidak ‘menayang’ punggung sebaliknya dia berpaling ke belakang kerana dipanggil oleh peminat ketika itu.

 “Peminat itu seorang perempuan dan dia membawa anak. Jadi, saya toleh ke belakang untuk melambai dan mengajak anak peminat itu untuk bergambar dengan saya.

Bukan menayang ‘buntut’. Dah dari belakang memanglah nampak punggung. Takkan nampak hidung pulak,” tulisnya.

Janna berharap kisah kurang baik mengenai dirinya tidak akan menjejaskan filem ‘Juang’ yang sedang ditayang yang mana dia turut berlakon. - KitaReporters

13
13
0
7
1
You will be interested