Seni & Sukan 10 Jun, 2020

Wan Najdi umum undur diri dari UNIC! Tinggal Bazli, Fakrul!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

AHLI UNIC, Wan Najdi telah mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada kumpulan nasyid UNIC. Melalui satu posting rasmi dalam akaun rasmi Instagram (IG) @unicofficial, UNIC telah membuat naik satu posting pengumuman itu mengenai pengunduran bekas ahli kumpulan dan pasukan UNIC mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau. : KitaReporters

Kredit foto: IG @unicofficial


Satu keputusan yang mengejutkan bagi sesetengah peminat mereka dan ada juga yang sudah menjangka bahawa Wan Najdi akan undur diri dari kumpulan ini setelah beberapa hari bermain teka teki mengenai pengumuman penting. 

\

Kredit foto: IG @unicofficial


Dengan pengunduran Wan Najdi, secara rasmi kumpulan UNIC yang sebelum ini bergerak bertiga kini akan bergerak secara duo terdiri dari Bazli UNIC dan Fakrul UNIC.

 Melalui perkongsian di IG Wan Najdi pula, beliau berkata pengunduran ini bukanlah sesuatu yang mudah. 

Malah keputusan ini juga telah difikirkan sekian lama bukannya 3 bulan terakhir ini.

Tambahnya, demi keluarga dan tiga cahaya mata beliau, satu keputusan harus diambil bagi meneruskan kelangsungan kehidupan.



Menjengah bahagian komen IG bekas ahli kumpulan UNIC ini, rata-rata peminat beliau memberi kata-kata semangat dan mendoakan beliau akan terus berjaya. 





Kumpulan UNIC ini mempunyai peminat tersendiri meskipun mereka ini kumpulan nasyid, namun lagu yang dibawa dan disampaikan mengikuti perkembangan semasa. 

Maka tidak hairanlah kenapa kumpulan ini terus mendapat sambutan daripada peminat. 

Kami dari KitaReporter juga mengucapkan selamat maju jaya kepada Wan Najdi dan kumpulan UNIC. Moga rezeki terus dimurahkan untuk Wan Najdi. 

Untuk kumpulan UNIC, teruskan karya nasyid bagi memastikan kumpulan nasyid terus subur di Malaysia. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested