Seni & Sukan 19 Jan, 2021

Video| Universal Music Malaysia, Allianz Malaysia hasilkan We Care! Bawa mesej kita prihatin!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

APABILA negara berada dalam situasi pandemik COVID-19 sejak tahun 2020 lalu, ia turut mengubah kehidupan rakyat seluruh dunia. Sehubungan itu juga pelbagai usaha dicetuskan bagi membangkitkan semangat orang ramai di mana terbaharu kolaborasi antara syarikat insurans, Allianz Malaysia Berhad bersama syarikat muzik, Universal Music Malaysia menghasilkan lagu ‘We Care’. : KitaReporters



Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Universal Music:

https://kitareporters.com/search?search=universal+music


Lagu tersebut diharapkan mampu menterjemahkan mesej positif melawan COVID-19. 

Selain daripada kolaborasi lagu berkenaan, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia juga akan menganjurkan aktiviti larian maya ‘We Care’ dan konsert siaran langsung pada bulan April 2021, di mana hasil daripada kutipan larian maya ini akan disalurkan kepada organisasi amal.

“Kolaborasi ini merupakan kerjasama strategi kreatif pertama yang mengetengahkan bakat artis-artis kami dalam menyalurkan kekuatan kepada orang ramai terutama pada masa yang tidak menentu ini, menerusi suara mereka dalam sebuah lagu khas yang dihasilkan oleh produser muzik bertaraf ‘multiplatinum’, Bryan B,” ujar Pengarah Kanan Perniagaan Baru dan Selebriti 360 Universal Music Malaysia, Kim Lim.





Menterjemahkan mesej positif menerusi lagu berkenaan, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia berharap lagu itu akan menginspirasi orang ramai untuk tidak berputus asa dalam menentang pandemik dan terus menyokong satu sama lain dalam tempoh sukar ini.

Pendek kata, kolaborasi istimewa bersama Komuniti Allianz We Care dan Universal Music itu merupakan satu initiatif yang memberikan perlindungan COVID-19 dan manfaat penjagaan kesihatan percuma kepada pelanggan dan bukan pelanggan Allianz Malaysia .

“Sebagai penanggung insurans, kami sentiasa meneliti peranan kami dalam kehidupan pelanggan. Matlamat Komuniti Allianz We Care adalah untuk memupuk dan membina komuniti inklusif yang berdaya tahan dalam menangani situasi mencabar dan sentiasa ada bersama rakyat Malaysia ketika mereka memerlukan bantuan,” sambung Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Berhad, Joseph Gross.



Lagu “We Care” yang diinspirasikan oleh situasi pandemik 2020 dipersembahkan secara eksklusif oleh penyanyi dwibahasa terkenal Malaysia iaitu Alvin Chong, kumpulan pop yang sedang meningkat naik Dolla, bintang pop Thai-German, Jannine Weigel dan penyanyi lagu Mandopop Malaysia, Nicole Lai.

Diterbitkan oleh Universal Music Malaysia, "We Care" sudah pun dilancarkan dalam platform penstriman digital utama termasuk Spotify, Apple Music, YouTube Music, Joox, iTunes, KKBox dan Deezer malah bagi merancakkan lagi kemunculan lagu tersebut sebuah video muzik rasmi "We Care" akan ditayangkan pada Februari 2021.

Untuk itu, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia membuka peluang kepada dua orang pemenang istimewa untuk tampil dalam video muzik tersebut bersama keempat-empat penyanyi hebat ini. 



Bagaimana caranya?

Mudah sahaja, yang berminat perlu kongsikan  kisah COVID-19 mereka ke laman http://umusic.digital/sharethecare/ dan berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada bintang video muzik berkenaan.

Semua peserta akan menerima perlindungan COVID-19 percuma di bawah ‘Allianz We Care Community’, tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat lanjut, ikuti @universalmuzikMY dan @AllianzMalaysia di Facebook, serta @universalmusic_my dan @allianzmalaysia di Instagram.

Jadi siapa yang berminat cepat-cepatlah memohon sebelum ia berakhir pada  mana tahu kut ini rezeki dan hikmah yang diaturkan untuk anda pada tahun penuh cabaran ini. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested