AJAL maut semua ketentuan Ilahi. Bagi yang sihat jangan merasa kita akan hidup lama kerana semua itu rahsia-Nya, sampai masa akan pergi jua. Baru-baru ini, seorang wanita yang pernah dinobatkan Wanita Paling Berat di Rusia dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kemurungan melampau. : KitaReporters
TERLANTAR selepas mengalami kenaikan berat badan yang mendadak selepas bersalin anak bongsunya kira-kira 25 tahun lalu. - Kredit foto: Real Press
- Lagi cerita-cerita dari Rusia:
- https://kitareporters.com/tag/Rusia
Memetik laporan Dailystar.co.uk, Lyubov Nurdinova yang pernah mempunyai berat badan 349 kilogram itu dilaporkan meninggal dunia di rumahnya,di bandar Tyumen, Siberia.
Sebelum meninggal, wanita berusia 57 tahun itu dikatakan sering bersendirian dan tidak mahu diganggu termasuklah enggan bertemu dengan jiran yang datang bertanya khabar.
Perkara berkenaan didedahkan anak bongsunya, Alexy
yang menjaganya sepanjang ibunya terlantar sejak beberapa tahun.
Katanya lagi, ibunya mula memiliki berat badan
melampau selepas melahirkan dirinya kira-kira 25 tahun lalu, dan sejak itu
ibunya tidak mampu menguruskan diri dan hanya terlantar di katil di rumah
mereka.
ALEXY bersama ibunya ketika menghadir program realiti di sebuah stesen televisyen di Rusia beberapa bulan lalu.
Keadaan itu menyebabkan anak bongsunya terpaksa
mengorbankan masa dan kerjaya semata-mata menguruskan ibunya.
Malah pada usia tujuh tahun lagi dia terpaksa menguruskan ibunya bersendirian.
Sebelum ini, Alexy berkata, ibunya pernah dijemput ke
program televisyen berkongsi pengalaman mengenai kehidupan selepas berjaya menurunkan
berat badan daripada 350 kilogram kepada 149 kilogram.
Perkara demikian berlaku selepas ada pihak menawarkan
untuk membantu ibunya selepas kisahnya disiarkan di sebuah laman web di Rusia.
Menerusi bantuan seorang doctor pakar, berat badan
ibunya berjaya diturunkan.
Keberhasilan itu membuatkan ibunya dijemput dalam
program reality di sebuah stesen televisyen tempatan dan berkongsi mengenai
perjalanan hidupnya.
Namun apa yang mengejutkan ketika program realiti berkenaan, Alexy mendedahkan dia kecewa selepas terpaksa menjaga ibunya.
Anak jenis apalah kamu nih?? Tergamaknya!
Mungkin pendedahan ikhlas berkenaan membuatkan ibunya kecewa dan terasa hati!!
Malah, Nurdinova dikatakan mengambil pil yang berlebihan menyebabkan dia menjadi kemurungan melampau sebelum ditemui meninggal dunia.
Kredit foto: travelwirenews.com
Semoga kisah tersebut menjadi pengajaran kepada kita semua, setiap yang berlaku ada hikmah tersendiri. Janganlah anggap apa yang tidak disukai itu menyusahkan kita mungkin itu yang terbaik buat kita hari ini.
Dalam masa sama hargai kesihatan kerana ia adalah sesuatu yang paling penting dalam kehidupan! - KitaReporters