Seni & Sukan 27 Jun, 2025

Video| Selepas KRU, kini Elite! Mak-mak giat berlatih untuk fit! Persediaan konsert Elite Live 25!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
.


Walaupun telah berusia hampir 50 tahun dan sudah memegang status mak, malah ada yang sudah bergelar opah, tubuh tidak lagi ‘slim’ dan ada yang sudah memakai hijab, namun lima anggota asal kumpulan Elite teruja untuk kembali mengadakan konsert solo.

Watie (Norwati Sadali), 49, Shasha (Shasha Mohd Saidin), 48, Linda (Azlinda Abdul Rafar), 47, Abby Abady (Arbaiyah Abdul Manan), 47, dan Azza Zawari (Noor Azzarima Zawawi), 47, walaupun sudah lama berpisah dari kumpulan, sedia bergabung semula sebagai artis jemputan dalam konsert ‘GenKRU’ di Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 Mei 2025 lalu.




Bersandarkan sambutan hebat penonton terhadap persembahan Elite, penganjur Icon Entertainment milik Iman Tang berhasrat untuk mengadakan konsert solo untuk Elite. 

Cuma tempat yang dicadangkan bukan di Axiata, sebaliknya konsert ‘Elite Live 25’ di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 20 September 2025.

Elite bangga menerima tawaran itu ketika persembahan artis kini terbatas dan promoter begitu berhari-hari untuk membuat show.

Menyedari harga tiket yang dikategori agak mahal, penonton tentu mahukan kepuasan menonton persembahan kumpulan Elite.

Justeru anggota Elite yang sudah hampir mencecah usia 50-an, berusaha kembali remaja. Mereka cuba menurunkan berat badan bagi ‘fit’ dan ligat ketika mengadakan persembahan kurang dari 3 bulan nanti.

Mereka mahu menjadikan konsert itu sebagai kenangan abadi kepada mereka dan penonton dan mencipta sejarah tersendiri bagi industri muzik tempatan.  

Dalam pertemuan dengan media pada Isnin, 23 Jun 2025, berkaitan konsert itu, Shasha yang mewakili anggota Elite yang lain menyatakan, masing-masing sudah mengadakan latihan secara bersendirian dan akan mengadakan latihan bersama tidak lama lagi. 



Elite adalah kumpulan penyanyi wanita yang dibentuk oleh kumpulan KRU yang terdiri daripada tiga beradik, Norman, Yusry dan Edry pada 1995 dengan mengumpul beberapa gadis termasuk model untuk diuji bakat.

KRU mahu melahirkan ‘KRU Wanita’  lalu membuat audisi dalam kalangan gadis.  Watie, Shasha, Linda, Abby dan Azza dipilih dan menandatangani kontrak secara berasingan dengan KRU Records.

Pada mulanya, KRU menamakan kumpulan ini sebagai Baby G. Namun atas nasihat pihak tertentu nama itu tidak jadi digunakan kerana bagi mengelakkan kekeliruan dengan sebuah jenama jam Jepun yang dikeluarkan pada tahun sebelumnya.

Lalu nama Elite dirasa paling sesuai bagi bersaing dengan beberapa kumpulan penyanyi wanita milik beberapa syarikat rakaman pada masa itu. Antaranya Feminin dan Res2.



Kumpulan Elite 30 tahun dahulu


Elite memulakan kerjaya seni sebagai penyanyi gandingan KRU menerusi lagu ‘Diari Metropolitan’ daripada album studio kelima KRU ‘Ooh! La! La!’ pada 1996.

Melihat potensi Elite boleh berkembang jauh, KRU memberi peluang kumpulan ini membuat tiga album studio iaitu ‘Catwalk’ (27 Oktober 1996), ‘Tamparan’ (Mac 1998) dan  ‘Idola’ (1999).

Tidak lama selepas pelancaran ‘Idola’, Elite dilanda masalah. Kementerian Penerangan melarang penyiaran lagu di semua stesen radio dan TV RTM ekoran salah seorang anggotanya, Watie dilanda kontroversi.

Menteri Penerangan (ketika itu), Tan Sri Mohd Khalil Yaakob menegaskan bahawa pihaknya memberi perhatian yang serius terhadap etika artis. 

KRU turut bertindak menggantung keahlian Watie selama tiga bulan, berkuat kuasa 24 Oktober 1999, namun Watie mengambil keputusan mengundur diri dan diganti Hana Adnan.

Setelah beberapa tahun nama Elite tenggelam kerana anggotanya bergiat dalam bidang lakonan dan menjalankan perniagaan.


Elite ketika menyertai Gegar Vaganza musim kelima pada 2018


Namun nama Elite kembali menjadi perhatan apabila kumpuan itu muncul dalam program realiti Astro, ‘Gegar Vaganza’ musim kelima pada 2018. Tetapi hanya menjadi trio Linda, Azza dan Shasha, namun tersingkir pada minggu ketiga.

Namun ia memberi semangat baharu kepada anggota Elite sebagai trio untuk kembali bergiat dalam bidang nyanyian. Selepas Gegar Vaganza 5, Elite kembali mendapat peluang menyanyi di beberapa majlis.

Dan situasi paling bermakna tiba apabila kesemua anggota Eite berjaya digabung menjadi kumpulan undangan  konsert ‘GenKRU’ di Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 Mei 2025.

Dan sambutan hebat daripada peminat Elite dan tawaran  daripada promoter menjadi pendorong kepada anggota asal kembali bergabung mengadakan konsert solo yang mungkin mengambil masa antara sejam setengah hingga dua jam itu.

Benarkah usia tidak menjadi penghalang memberi persembahan mengkagumkan? 

Segala-galanya akan terjawab pada September 2025 nanti. Mungkin konsert asal cuma satu malam akan disambung beberapa  malam-malamnya lagi? - KitaReporters


16
17
0
7
0
You will be interested