Seni & Sukan 13 Oct, 2020

Naik Train to Dabong! Fenomena baharu pelancongan Kelantan!

@fatimah itayah
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this

DI SEBALIK penularan pandemik Covid-19, Dabong kini kian jadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti sehingga cetuskan fenomena ‘Train To Dabong’. Perjalanan menaiki kereta api yang menyeronokkan! Tidak seperti dilihat dalam filem Korea Selatan berjudul ‘Train To Busan’. Dah tengok filem 'Train To Busan'?? : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan pelancongan:

https://kitareporters.com/search?search=pelancongan


"Tempat jin bertendang." Itu antara gelaran atau jolokan pernah diberikan oleh masyarakat tentang Dabong yang merupakan sebuah pekan kecil terletak di selatan jajahan Kuala Krai, Kelantan.

Jarak lokasinya kira-kira 155km dari ibu negeri Kelantan iaitu Kota Bharu dan daerah Dabong terbahagi kepada empat mukim iaitu Mukim Kuala Pergau, Kuala Geris, Stong dan Mukim Kandek.

Namun kini, Dabong yang turut terkenal dengan keindahan Gunung Stong,  Air Terjun Jelawang serta beberapa gua termasuk Gua Ikan, Gua Keris, Gua serta Gua Pagar kian jadi pilihan rakyat Malaysia gara-gara fenomena  ‘Train To Dabong’ bermula di Wakaf Bharu, Tumpat.

Kredit foto: FB Train to Dabong



Antara laporan akhbar berkaitan tempat-tempat menarik yang ada di Dabong. 



Dek kerana fenomena  ‘Train To Dabong’, Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Dabong yang sebelum ini hanya digunakan penduduk setempat dan pelajar sekolah kini dibanjiri pengunjung bukan sahaja dalam kalangan rakyat Kelantan sahaja tetapi seluruh Malaysia.

Menjengah ke laman sosial Facebook, group ‘Train To Dabong’ yang baharu sahaja diwujudkan pada 20 September 2020 lalu kini telah mempunyai 6,600 pengikut atau ahli, sekali gus jadi platform bagi orang ramai dapatkan info serta kongsi pengalaman.

Bukan sekadar memori manis menaiki kereta api, namun individu yang telah rasai pengalaman ‘Train To Dabong’ turut berkongsi pelbagai aktiviti mereka lakukan di Dabong mengikut minat serta cita rasa masing-masing.

Umi Azura berkongsi pengalaman Train To Dabong dalam media sosial Facebook. 


Pengguna Facebook, Umi Azura dalam satu ruangan komen dalam Facebook berkata ‘Train To Dabong’ menawarkan harga tiket yang sangat berbaloi dan dia terpaksa berdiri dua jam dalam kereta api pada 26 September 2020 lalu berikutan tempat duduk telah penuh.

“Beli tiket di Wakaf Bharu, harga tiket sangat berbaloi. Tujuan ke Dabong bagi pengalaman naik kereta api kepada anak-anak, memang seronok berada di Dabong dan ada rezeki akan sampai lagi di Dabong,” antara petikan perkongsian pengalaman Umi Azura.

Menerusi akaun Panglima Helang Wibc pula, dia teruja untuk ke Dabong setelah Train To Dabong tular dalam media sosial Facebook dan telah berkesempatan merasai sendiri pengalaman pada 26 September 2020 baru-baru ini.

Panglima Helang Wibc berkongsi pengalaman dan gambar kenangan yang dirakam sewaktu Train To Dabong. 



Sementara itu, memetik laporan Sinar Harian, Ketua Komunikasi Strategik KTMB, Ahmad 'Asri Khalbi berkata ekoran sambutan luar biasa itu pihaknya terpaksa menambah sebanyak lima gerabak tambahan pada Jumaat dan Sabtu bagi menampung jumlah pengguna berbanding hanya empat gerabak untuk hari biasa.

“Tiket dikenakan bagi dewasa RM5 dan kanak-kanak RM3 untuk perjalanan sehala. Waktu perjalanan pada jam 4.20 pagi dan 10.30 pagi. Orang ramai boleh memilih berada selama sejam di Dabong sebelum menaiki kereta api sama untuk pulang atau menaiki kereta api terakhir pada jam 6 petang,” katanya. - KitaReporters



Perkongsian Train To Dabong pengguna Facebook bernama Nur Zulaikha.

5
1
0
0
0
You will be interested