Seni & Sukan 10 Oct, 2020

Selamat jalan Trump! Taylor Swift pilih Joe Biden Presiden!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
TAYLOR Swift diketahui tidak terlalu vokal dengan pilihan politiknya. Tapi kali ini penyanyi berusia 30 tahun itu secara terbuka menyuarakan sokongannya. Wanita dari Pennsylvania ini menyatakan akan memilih Joe Biden dari Parti Demokrat sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) pada pilihan raya presiden pada November 2020 ini. : KitaReporters 


Lagi cerita-cerita berkaitan Amerika Syarikat:

https://kitareporters.com/search?search=amerika+syarikat


Pilihan itu dia umumkan dalam wawancara bersama V Magazine.

"Perubahan yang sangat kita perlukan adalah memilih presiden yang menyedari bahwa orang dengan pelbagai warna kulit berhak merasa selamat dan terwakili, bahawa wanita layak mendapatkan hak untuk menentukan apa yang terjadi dengan tubuhnya," kata Taylor Swift, seperti dipetik dari laporan CNN.


Taylor Swift juga menekankan bahawa setiap orang berhak mendapatkan kerajaan yang mengambil kira  risiko kesihatan dengan serius dan mengutamakan nyawa orang banyak.

Menurutnya, salah satunya cara untuk membuat keadaan jadi lebih baik adalah dengan memilih pemimpin yang bersedia menghadapi pelbagai masalahan tersebut dan mencari cara menyelesaikannya.


Penyanyi lagu popular 'Look What You Made Me Do' ini juga menambah bahawa dia percaya di bawah pentadbiran Joe Biden dan timbalannya. Kamala Harris, Amerika (AS) akan kembali pulih. Baik dari pandemiK Convid-19, mahupun isu perkauman dan sosial. 

"Amerika punya kesempatan untuk memulai proses penyembuhan yang ketika ini benar-benar diperlukan," tambahnya.


Taylor Swift sebelumnya memilih untuk menutup mulut jika diminta memberi pendapat tentang politik. Tapi sejak 2018, pemenang penghargaan Grammy Awards ini memilih untuk bersuara.

"Kerana beberapa peristiwa yang terjadi dalam hidupku dan dunia dalam dua tahun terakhir ini, aku merasa sangat berbeza tentang perkara itu (politik) sekarang," tambahnya. - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested