Seni & Sukan 26 Sep, 2020

Trend bunuh diri? Remaja golongan paling ramai bunuh diri?

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

CUBAAN bunuh diri dalam kalangan belia di negara ini amat serius iaitu sebanyak 90 peratus demikian pendedahan serta  perkongsian maklumat diperolehi dari Persatuan Psikiatri Malaysia. Pendedahan ini sesuatu yang mengejutkan dan menakutkan. Apakah kita cukup tahu kesihatan mental anak-anak anda?? : KitaReporters


Pada peringkat global pula, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), berkata perbuatan bunuh diri termasuk di antara sepuluh penyebab utama kematian di dunia.

Banyak faktor mendorong kepada perbuatan ‘bunuh diri’ seperti gangguan mental akibat kemurungan, depresi, gagal bercinta, didera atau buli, penyalahgunaan dadah, ketagihan arak, masalah keluarga, tragedi kehidupan (seperti dirogol), masalah rumah tangga dan masalah kewangan.




Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017 mendapati tingkah laku bunuh diri menjadi trend kalangan remaja berumur di antara 13 hingga 17 tahun.

Dalam tempoh lima tahun berlaku peningkatan angka apabila idea ingin bunuh diri mencecah 10.0% pada tahun 2017 berbanding 7.9% pada tahun 2012. Manakala perancangan untuk bunuh diri adalah 7.3% (2017) berbanding 6.4% (2012),dan cubaan bunuh diri adalah 6.9% (2017) berbanding 6.8% (2012).



Tanggal 10 September setiap tahun adalah hari penting bagi kita memperingati Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia setiap tahun.

Pada tahun 2019, Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia  membawa tema Working Together to Prevent Suicideatau “Bersama Mencegah Bunuh Diri”.


Kes terbaharu, seorang anggota tentera meninggal dunia pada 6 September 2020 selepas dipercayai terjun (bunuh diri) dari tingkat tiga bangunan kediaman di sebuah kem tentera di Batu Pahat, Johor pada 29 Ogos lalu. 

Mangsa dipercayai terjun bangunan tersebut dikatakan ada kaitan dengan kes didera dan dibuli dan perkara ini masih dalam siasatan pihak polis.

Kejadian kes bunuh diri boleh ditangani dengan baik jika semua pihak bersama-sama memainkan peranan dengan mencegah dari peringkat awal 'bunuh diri' melalui program-program kesihatan dan komuniti setempat. - Kitareporters


Sumber:

https://kpkesihatan.com/2019/09/10/kenyataan-akhbar-kpk-10-september-2019-sempena-hari-pencegahan-bunuh-diri-sedunia-bersama-mencegah-bunuh-diri/

https://www.facebook.com/mecare.org.my/posts/fast-fact-mengenai-bunuh-diri-setiap-tahun-lebih-800-ribu-individu-memilih-untuk/185061085573277/

https://www.remaja.my/cinta-jer-dik-tahukah-sehari-2-orang-bunuh-diri-di-malaysia/

2
1
6
0
0
You will be interested