Seni & Sukan 23 Feb, 2022

Video| Seramnya! Ingatkan suami main-main langsir bergerak! Rupanya betul apabila tengok video!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Seorang doktor ada akaun dalam Twitter, @drsyasyafickry baru-baru ini berkongsikan kisah suaminya yang ditahan wad lalu diganggu oleh makhluk lain yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

Katanya, suaminya telah mengalami keracunan makanan. 

"Dia selalu cerita dekat I, langsir gerak sendiri. I macam ye kan je, mungkin angin kot," tulisnya.

Oleh kerana dia kurang percaya dengan cerita suaminya, lalu suaminya menghantar video kejadian sebenar yang berlaku ketika berada di wad.


Lagi cerita-cerita berkaitan hal-hal misteri


"Weh, ini apa!!! 

Katanya dalam dunia ini bukan hanya ada manusia, tetapi makhluk lain juga.

Dalam keterangan tweet tersebut, wanita ini menjelaskan bahawa tempat itu terutama bilik wad suaminya memang ada ‘benda’. Tambahnya lagi, bilik itu memang ada banyak ‘cerita’



Dalam masa lebih 12 jam, video ini telah meraih hampir 3,500 jumlah retweets.

Ada yang menceritakan pengalaman yang lebih kurang sama ketika di hospital dan ada juga yang cuba husnuzon (bersangka baik) dengan mengatakan bahawa ianya adalah tiupan angin semata-mata.  

benarlah kot... Di mana sahaja kita berada, ada penghuni lain, jadi kita perlu hormati mereka juga. - KitaReporters


9
12
0
13
0
You will be interested