Seni & Sukan 06 Mar, 2022

Video| Lagu berhantu! Lagu Gatal popular, trending dalam TikTok! Janna Nick rasa bertuah, syukur!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
/
Janna Nick kini popular dengan lagu 'Nakal'. - Kredit foto: IG @jannanick



SYUKUR dan bertuah itu yang diluahkan Janna Nick apabila lagu ‘Gatal’ nyanyiannya tular dalam TikTok sehingga menarik perhatian ramai influencer (pempengaruh) luar negara

Antara negara yang menjadikan lagu ‘Gatal’ tular ialah Turki apabila seorang influencer wanita bernama Asli Guler menjadikan lagu ini sebagai lagu latar salah satu bahan tontonan yang sehingga kini telah ditonton lebih 8 juta pengikut.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Janna Nick




Lagu ‘Gatal’ turut dijadikan lagu latar influencer di beberapa negara lain seperti di Indonesia, Korea Selatan dan Rusia.

Menurut Janna, lagu ciptaan vokalis Drama Band iaitu Aepul Roza mempunyai kekuatan tersendiri sehingga melekat pada telinga sesiapa yang mendengarnya.


Janna Nick bersama pencipta lagu 'Gatal', Aepul Roza.


"Alhamdulillah, saya sendiri memang tak jangka lagu itu menjadi viral di TikTok sehingga orang luar negara pun guna lagu itu.

"Bagi saya, itulah kekuatan TikTok dan trendings. Selain itu, kekuatan pada lagu itu juga. Saya banyak terima komen kata lagu itu berhantu. 

"Saya anggap ini rezeki yang menyebelahi saya... Alhamdulillah. Jadi, saya berterima kasih kepada Aepul yang cipta lagu itu," katanya kepada sebuah media.




Janna bergaya sebagai wanita 'gatal'


Rata-rata netizen Malaysia meninggalkan komen dalam ruang perkongsian itu teruja lagu nyanyian Janna itu mendapat perhatian sehingga ke luar negara.

Janna turut memberitahu dia sudah pulih daripada jangkitan Covid-19 dan tamat menjalani kuarantin pada Khamis, 3 Mac 2022.

Janna atau nama lengkapnya Nurul Janna Muner, 26, mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak 2012 dan mula aktif sebagai penyanyi sejak awal tahun 2022. - KitaReporters


10
12
0
13
0
You will be interested